Nabi Sulaiman yang pernah menguasai Baitulmuqaddis telah berkuasa memerintah manusia, binatang, burung, jin dan syaitan. Malahan, baginda mempunyai kuda-kuda bersayap yang menakjubkan. Kalau dalam bahasa inggeris, ia dipanggil pegasus.

Apa jadi dengan kuda bersayap tu?

Untuk makluman, kewujudan kuda bersayap telah disebut oleh Rasulullah SAW dalam kitab Sahih Bukhari dan Sunan Abu Daud. Ia juga dihuraikan dalam

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pada suatu hari bertanya kepada Aisyah: Apa ini? Jawab Aisyah: Ini anak-anak perempuanku (boneka perempuanku); kemudian Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di tengahnya itu? Jawab Aisyah: Kuda. Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di atasnya itu? Jawab Aisyah: Itu dua sayapnya. Kata Rasulullah: Apa ada kuda yang bersayap? Jawab Aisyah: Belumkah engkau mendengar, bahwa Sulaiman bin Daud a.s. mempunyai kuda yang mempunyai beberapa sayap? Kemudian Rasulullah tertawa sehingga nampak gigi gerahamnya.” (Riwayat Abu Daud)

Mendengar jawaban Aisyah, Nabi tertawa hingga kelihatan gigi taringnya, hadits riwayat Abu Daud, dan dishahihkan oleh Al-Albani. Dalam hadits lain, diriwayatkan oleh Aisyah radhiyallahu anha, ia berkata, “Aku memiliki mainan boneka di rumah Nabi, aku bermain bersama anak-anak wanita yang lain di rumah Nabi. Bila Nabi masuk ke dalam rumah maka anak-anak wanita itu pun bersembunyi, lalu bermain bersamaku”. Hadis Riwayat Al-Bukhari.

Nabi Sulaiman merupakan sebaik-baik hamba yang sangat taat kepada Allah. Baginda dikurniakan banyak anugerah termasuklah binatang-binatang yang menakjubkan. Baginda juga memelihara kuda yang mempunyai sayap. Kuda-kuda tersebut boleh terbang ke langit dengan sayapnya yang lebar.

Pada suatu petang, baginda asyik melihat kuda-kuda bersayap yang berlari dengan kencang. Kesibukan menonton kuda-kuda itu sampai membuatkan baginda terlena. Haiwan bersayap itu pun terbang tinggi meninggalkan baginda seorang diri.

Setelah tersedar daripada kelalaian, baginda mengucapkan: “Sungguh aku menyukai nikmat kuda yang baik ini. Sampaikan aku lalai daripada mengingati Tuhan dan kuda-kuda itu hilang dari pandangan.”

Nabi Sulaiman pun mengorbankan 20 ekor kuda bersayap itu kerana Allah. Baginda menyembelihnya demi menebus kelalaian kerana asyik menonton kuda-kuda bersayap yang berlari kencang itu. Berkat keikhlasan baginda, Allah menggantikannya dengan angin kencang yang boleh membawa baginda ke mana sahaja yang diinginkan.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply