British membuka ruang dan peluang kepada Zionis untuk menubuhkan negara diorang sendiri di Palestin.
Apa yang menjadi pencetusnya?
Deklarasi Balfour
Deklarasi Balfour merupakan idea pemula cetusan idea Arthur James Balfour merangkap Setiausaha Luar kerajaan British.
Pada 2 November 1917, Balfour tulis surat kepada Baron Lionel Walter Rothschild. Dalam surat tu, Balfour secara rasminya menyuarakan sokongan dari kerajaan British untuk pembinaan sebuah negara bangsa Yahudi di dalam wilayah Palestin.
Hasilnya, Deklarasi Balfour dijadikan sebagai sebab utama kepada penubuhan ‘League of Nations Mandate’, bagi meletakkan wilayah Palestin dan Transjordan di bawah kerajaan British bermula 1922 hingga 1948.
Mandat ni jadi sebab utama tertubuhnya negara haram Israel dengan sokongan oleh negara kuasa besar seperti British yang memiliki pengaruh dalam ‘League of Nations’ (LON).
British diberikan mandat dan kuasa mandatori untuk tentukan hala tuju wilayah Palestin melalui Perjanjian Versailles 1919.
British turut bantu memperkasakan organisasi politik radikal bangsa Yahudi seperti Zionis.
Gerakan Zionis muncul sebagai gerakan nasionalis Yahudi Ashkenazi dengan tujuan untuk mendirikan semula negara Israel bagi menyelesaikan masalah diskriminasi orang Eropah ke atas Yahudi.
Mandat Palestin diwujudkan British dan orang Yahudi dibenarkan berhijrah ke Palestin sekali gus mendirikan rumah mereka.
Asalnya British hanya cadang beri Yahudi menetap di Palestin dan tidak berjanji untuk membenarkan mereka mendirikan negara.
Maka Yahudi lancarkan serangan terhadap British di Palestin. Ibarat peluru makan tuan.
Melihat kepada keadaan yang semakin hilang kawalan, ditambah lagi dengan konflik antara Yahudi dan Arab akibat kebanjiran pendatang Yahudi, British akhirnya cuci tangan dan serahkan urusan Palestin kepada UN.
Pada 1947, UN menerusi Resolusi 181 Perhimpunan Agung membahagikan Palestin kepada dua negara. Satu negara Arab meliputi kawasan Palestin dan satu lagi negara Israel.
Jerusalem diasingkan dan ditadbir oleh rejim antarabangsa. Negara-negara Arab termasuk Mesir, Jordan dan Syria bantah pelan tersebut sehingga tercetusnya Perang Arab-Israel pada 15 Mei 1948, hari negara Israel diisytiharkan.
Hari ini, kita lihat betapa teruknya kacau bilau yang berlaku akibat dari ketamakan British. Kedaulatan wilayah Palestin dirobek teruk oleh rejim zionis yang bernaung di bawah negara haram Israel.
Oleh: Azizul Farhan
___
Dapatkan DUNIA TANPA TEMBOK ni untuk korang faham apa konflik yang dah berlaku di seluruh dunia ni.
Pembelian anda akan disumbang ke Tabung Cinta Gaza Malaysia tanda solidariti anda kepada rakyat Palestin!
https://bit.ly/DuniaTanpaTembok1
https://bit.ly/DuniaTanpaTembokII
https://bit.ly/DuniaTanpaTembok3
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih