Rakyat India tak habis² jilat Israel. Padahal Israel tak pernah acknowledge kewujudan mereka.

Padahal ada masalah besar yang mereka perlu selesaikan selain daripada menjilat Israel. 

Tandas.

India ada populasi mencecah 1.4 bilion. Sebilangan besar daripada jumlah ni sentiasa membuang air di tempat terbuka, sekaligus dedahkan seluruh negara kepada krisis kesihatan yang serius.

Pembuangan najis di tempat terbuka ni amalan masyarakat silam. Tapi makin lama, populasi dunia makin bertambah. Dan apabila ribuan jadi jutaan, krisis-krisis kesihatan mula timbul.

Tapi India ni masih tetap amalkan cara ni sejak 1947. Mahatma Gandhi pernah kata sanitasi lebih penting daripada kemerdekaan. 

Biasanya amalan ni dilihat sangat ketara di kawasan-kawasan yang dijangkiti wabak kebuluran dan kemiskinan.

Nak bagi rakyat diorang bagi guna tandas, sampaikan kerajaan tempatan buat inisiatif bayar rakyat ₹1 untuk gunakan tandas awam. 

₹1=RM0.059. 

Tapi macam biasa, rakyat India masih suka lepaskan sisa-sisa tinja mereka di tempat awam.

Ni la yang datangkan penyakit seperti cholera, cirit-birit dan demam kepialu yang menjejaskan produktiviti negara.

Nak kekang wabak penyakit ni je, India dah rugi hampir RM200 bilion pada 2006 sahaja.

Maka kerajaan India belanjakan RM160 bilion untuk bina tandas dan program kebersihan dibawah Misi India Bersih 2019. 

Sebanyak 100 juta tandas disasarkan dibina pada tahun 2019. Tapi masyarakat India nampak tandas sebagai pencabulan kesucian.

Golongan berkasta tinggi akan berasa terhina untuk kongsi tandas dengan pengguna-pengguna kasta rendah. Disebabkan itulah tandas-tandas awam selama 30 tahun tak digunakan langsung.

Sampaikan satu tahap, pasukan rondaan kena gempur untuk halang orang berak kat tempat awam.

Golongan sukarelawan turut sertai misi ni untuk aibkan sesiapa yang suka berak kat public.

Tandas ni turut jadi isu keselamatan untuk wanita. Wanita lebih merasai bahang ketiadaan tandas. Hanya untuk lepaskan hajat, dua nyawa melayang di Katra. 

Anak-anak gadis ni dirogol dan dibunuh selepas mereka keluar di waktu malam untuk buang najis.

Sampaikan ada filem Bollywood untuk ajar orang guna tandas bertajuk Toilet yang dilakonkan oleh Akshay Kumar yang berjuang supaya ada tandas di rumah dan kampungnya.

Oleh: Azizul Farhan

___

Dapatkan THE PLAGUE untuk korang faham apa penyakit yang pernah melanda seluruh dunia.

Pembelian anda akan disumbang ke Tabung Cinta Gaza Malaysia tanda solidariti anda kepada rakyat Palestin!

https://bit.ly/ThePlagueShopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply