13 September 1993, Perjanjian Oslo dimeterai antara Israel dan Palestin yang diwakili pemimpin PLO, Yasser Arafat.

Peliknya, kenapa diorang sign perjanjian ni?

Untuk apa?

Arafat tandatangan Perjanjian Oslo ni untuk hentikan semua keganasan terhadap Israel dan mengiktiraf hak kewujudan Israel. 

Maksudnya Israel boleh wujud bersama-sama dengan Palestin, atau “two-state solution”.

US juga jadi broker Perjanjian Oslo. Perundingan bermula di zaman George H.W. Bush (1989-1992). Tapi Bush kalah pilihanraya presiden 1992, maka diteruskan oleh Bill Clinton.

Perjanjian Oslo ni dianggap pencapaian besar dan Arafat bersama-sama Yitzhak Rabin (PM Israel) serta Shimon Peres (Menteri Luar Israel) dihadiahkan Nobel Peace Prize pada tahun 1994.

Cuma Perjanjian Oslo bukan perjanjian perdamaian yang muktamad, tapi menjadi awal kepada proses perdamaian Israel-Palestin.

Perjanjian ni tetapkan tempoh masa 5 tahun bagi kedua-dua pihak selesaikan isu berkaitan sempadan dan status pelarian Arab Palestin dan berdamai sepenuhnya.

Tebing Barat dibahagikan kepada 3 zon. 61% daripada saiz Tebing Barat berada di bawah Israel buat “sementara waktu.”

Balik kepada persoalan kita tadi, untuk apa Arafat sign perjanjian ni?

Sebab kedudukan Arafat sebagai pemimpin Palestin tergugat dengan kemunculan kumpulan pejuang pembebasan Palestin yang lain iaitu Jihad Islam Palestin (JIP) dan Hamas.

JIP diasaskan oleh Fathi Shaqaqi pada tahun 1981 dan HAMAS diasaskan oleh Sheikh Ahmed Yassin pada tahun 1987.

JIP dan HAMAS bukan saja menentang Israel malah juga menentang FATAH dan PLO yang dianggap sekular dan tidak bertunjangkan Islam. 

FATAH guna jalan ni sebab Arab Palestin ni pun ramai yang beragama Kristian juga, jadi logik juga FATAH guna pendekatan sekular dalam perjuangan.

Kemunculan JIP dan HAMAS memang buat Israel cuak. Israel sendiri nampak impak Intifada yang dilancarkan oleh HAMAS dan JIP pada Disember 1987. Israel nampak PLO sebagai ancaman lebih ringan dan boleh dibawa berbincang.

Arafat pun nampak perundingan dengan Israel akan beri peluang kepada orang Palestin tentukan nasib sendiri, tak lagi bergantung kepada ihsan negara-negara Arab yang lain.

Sebab ni, isu Palestin diperjuangkan oleh negara-negara besar Arab. Bermula dengan Perang Arab-Israel Pertama, membawa kepada Perang 6 Hari dan seterusnya Perang Yom Kippur.

Nampak macam negara Arab nak bela nasib Palestin, tapi sebenarnya lebih kepada bela kepentingan masing-masing. Lokasi strategik dan simbolisme agama Palestin buat Mesir, Syria dan Jordan masing-masing nak masukkan seluruh Palestin dimasukkan ke dalam wilayah diorang sendiri.

Manakala negara majoriti penduduk Islam yang lain seperti Turki dan Iran iktiraf Israel sebab diorang anggap penolakan negara Arab terhadap Resolusi sebagai masalah orang Arab (Turki bangsa Turk, Iran bangsa Parsi).

Walaupun negara-negara Arab ni bekap Palestin, tapi Arafat nampak kebergantungan Palestin kepada negara-negara yang lebih besar untuk perjuangkan nasibnya sebagai satu masalah, dan Arafat sendiri pun dapat pernah rasa padahnya.

Tahun 1990, Iraq di bawah kepimpinan Saddam Hussein menyerang Kuwait. Negara-negara Arab condemn Saddam dan minta pertolongan US untuk usir Saddam.

Tapi PLO dan Arafat tak setuju dan bekap Saddam. Sebab Saddam pernah berjanji dia akan takluk Israel dan kembalikan Palestin kepada orang Palestin.

Tindakan PLO dan Arafat menyinggung perasaan Saudi dan Kuwait, terutamanya Kuwait. Selepas perang tamat, Kuwait halau pelarian Palestin dalam Kuwait dan hentikan bantuan kewangan kepada PLO. Saudi pun anggap PLO dah mengkhianatinya.

Jadi walaupun Perjanjian Oslo nampak merugikan, ia penting bagi Palestin yang berada dalam keadaan tersepit ketika tu. Buruk macam mana pun perjanjian, ia tetap mewujudkan sebuah entiti bernama Palestin.

Mahmoud Abbas, pengganti Arafat pernah salahkan negara-negara Arab tolak Resolusi awal-awal dan menyebabkan Palestin tak dapat dirikan negara.

Sebenarnya, pemimpin Palestin pun bertanggungjawab ke atas kesengsaraan rakyat Palestin bukan salah pemimpin Arab semata-mata.

Hamas dan JIP tak sokong Perjanjian Oslo sebab diorang nafikan hak kewujudan Israel. Bagi diorang Israel perlu dihapuskan dan seluruh Palestin perlu dikembalikan kepada orang Palestin.

Yahudi Zionis yang right-wing pun tolak Perjanjian Oslo sebab diorang anggap seluruh Palestin tu tanah diorang, tak boleh digadaikan walau seinci.

Rabin dibunuh pada 1995. Parti Likud di bawah kepimpinan Netanyahu yang tolak Oslo menang Pilihanraya 1996 & tubuhkan kerajaan.

Tapi atas tekanan US, Netanyahu masih kena berunding dengan Palestin. Ketiadaan progress menyebabkan Netanyahu disingkirkan melalui undi tidak percaya dan digantikan dengan Ehud Barak.

Barak sambung perundingan. Persidangan Camp David diadakan pada tahun 2000 tapi gagal mencapai sebarang hasil, padahal dah 7 tahun, dah melepasi deadline 5 tahun yang ditetapkan dalam Oslo.

Untuk meningkatkan kuasa tawar-menawar dalam perundingan dengan Israel, Arafat pun nak bekerjasama dengan HAMAS dan melancarkan Intifada Kedua pada September 2000.

Israel betul cuak dengan Intifada Kedua, sampai Likud berpecah kepada dua.

Kedua-dua Arafat dan Yassin meninggal dunia tahun 2004. Tanpa dua tokoh yang berkarismatik ini, pakatan FATAH-HAMAS pun mula meretak dan berpecah selepas kemenangan Hamas dalam PRU Palestin Januari 2006. Hasilnya Fatah kawal Tebing Barat, Hamas kawal Gaza.

Lepas Netanyahu naik balik pada tahun 2009 lagi membuat proses perdamaian Israel-Palestin ke laut.

Israel tanpa segan silu untuk rembat kawasan Tebing Barat, membelakangi Perjanjian Oslo.

 

Oleh: Azizul Farhan

___

Nak tau macam mana Mesir hampir kalahkan Israel ketika Perang Yom Kippur? Dapatkan OPERASI BADAR MENCALAR KEANGKUHAN YAHUDI segera!

Pembelian anda akan disumbang ke Tabung Cinta Gaza Malaysia tanda solidariti anda kepada rakyat Palestin!

https://bit.ly/operasibadar

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply