Korang pernah ke dengar kisah seorang Nabi yang menahan matahari daripada tenggelam? Itulah kisah Nabi Yusha’ yang jarang diceritakan.
Kenapa baginda tahan matahari?
Semasa pasukan Bani Israil semakin mendekati kota Baitulmuqaddis, mereka perlu mengalahkan bangsa Amaliqah yang gagah perkasa. Nabi Musa menyuruh Nabi Yusha’ bin Nun dari suku keturunan Nabi Yusuf untuk menjadi jeneral perang.
Tidak seperti sebelum ini, Bani Israil dah tak berdalih bila diajak berperang. Dengan nekad, mereka menyertai peperangan bersama Nabi Yusha’.
Perang di antara Bani Israil dengan bangsa Amaliqah berlarutan sampailah ke waktu petang hari Jumaat. Ketika itu, kemenangan hampir berpihak kepada Bani Israil. Namun, matahari hampir senja bagi memasuki hari Sabtu.
Dalam syariat agama Yahudi, hari Sabtu wajib dikhususkan untuk beribadah semata-mata. Inilah hukum Taurat yang diwajibkan kepada mereka sejak Tuhan berbicara dengan Musa di gunung Sinai. Mereka mesti meninggalkan semua aktiviti sama ada perniagaan, bercucuk tanam dan peperangan di hari Sabtu.
Sementara itu, Nabi Musa bimbang sekirangnya perang ditangguhkan, mereka tidak akan mendapat peluang kemenangan lagi. Apatah lagi, Bani Israil pernah enggan untuk berperang sehingga Tuhan menjadi murka dan membiarkan mereka sesat di padang Tiih selama 40 tahun.
Lantas, Nabi Musa memerintahkan matahari: “Hai matahari, engkau menjalankan perintah, aku juga menjalankan perintah. Aku memintamu untuk berhenti!” Baginda turut meminta bulan supaya berhenti. Dengan mukjizat ini, peredaran bumi dan matahari terhenti seketika, malam tertangguh daripada menggantikan siang.
Dengan izin Allah, petang hari itu dipanjangkan lebih daripada kebiasaan. Nabi Yusha’ berjaya memimpin pasukan Bani Israil kepada kemenangan. Bangsa Amaliqah berhasil ditewaskan. 12,000 tentera musuh telah ditumpaskan.
Apabila mereka telah menang, barulah matahari terbenam dan bulan keluar bagi menandakan masuknya hari Sabtu. Kemudian, Bani Israil dapat memasuki kota Baitulmuqaddis beberapa hari selum kewafatan Nabi Musa.
Kisah Nabi Yusha’ menahan matahari menjadi bukti kepada kekuasaan Allah. Ia menunjukkan bahawa matahari dan bumi merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang bergerak menurut perintah-Nya. Manakala, kewajiban yang disyariatkan kepada manusia pula adalah ujian dari-Nya.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Kisah Nabi Yusha’ boleh dijumpai dalam kitab Qasasul Anbiya, Ibnu Katsir. Korang boleh mengagumi perkaitan Yahudi dan Islam dalam KITAB TAMADUN ISLAM. Klik https://bit.ly/ktislam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih