Semasa Bani Israil ditindas di bumi Mesir, Tuhan telah menurunkan 10 bala benca yang dipanggil wabak kepada kaum Firaun. Wabak-wabak itu sangat dahsyat sampaikan memaksa Firaun untuk melepaskan Moses dan pengikutnya.

Apa yang dahsyat sangat tu?

Wabak pertama berupa darah. Secara tiba-tiba, air jernih mereka bertukar menjadi darah merah. Semua sumber air seperti sungai dan perigi berubah menjadi darah setiap kali dicedok. Masalah ini tidak berlaku kepada Bani Israil yang dapat meminum air jernih seperti biasa.

Apa wabak kedua?

Wabak kedua pula berupa katak-katak yang keluar dari sungai Nil dan menyerang kaum Firaun. Katak yang kotor itu masuk ke dalam periuk dan merosakkan makanan mereka. Acap kali bangsa Qibti ingin makan, katak-kata itu akan melompat ke mulut mereka.

Wabak ketiga lagi teruk ke?

Wabak ketiga yang menyerang berbentuk kutu. Tiba-tiba, banyak kutu yang keluar daripada tanah. Ia mengigit dan merayap ke segenap tubuh Firaun. Banyak karung tepung mereka yang rosak. Janggut, rambut dan bulu mata mereka dijangkiti kutu. Mereka tidak boleh tidur malam kerana kutu yang banyak menggigit mereka.

Apa jadi lepas itu? Ada wabak lagi?

Wabak keempat, kelima dan keenam pula menyusul. Tuhan menghantar lalat, penyakit kulit dan bisul. Banyak binatang ternakan mereka yang mati. Semua kaum Firaun merasa terseksa dengan penyakit dan serangga yang menyerang mereka.

Diorang insaf ke?

Firaun masih tak insaf. Wabak ketujuh, kelapan dan kesembilan turun berupa ribut taufan, belalang juta dan kegelapan yang hitam pekat selama tiga hari. Semua bala bencana ini telah mengancam harta, nyawa dan kehidupan seharian kaum Firaun.

Maka, turunlah wabak yang paling teruk.

Wabak kesepuluh berupa kematian anak pertama. Pada hari itu, ibu-ibu Qibti meraung kesedihan kerana anak sulungnya mati. Tangisan sayu bersahut-sahutan di setiap rumah. Semua anak sulung pada pagi itu meninggal dunia secara tiba-tiba. Di istana Mesir, Firaun turut berdukacita dengan kemangkatan putera mahkotanya.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Islam turut menceritakan beberapa wabak yang menimpa mereka dalam kitab suci al-Quran. Terokai dengan lebih lanjut dalam KITAB TAMADUN ISLAM. Klik: https://bit.ly/ktislam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply