“Dengan cowboy, senjata api dan keretapi berkuasa stim, Amerika telah dikenali sebagai bumi kebebasan. Sesuatu yang mengejutkan bagi hamba-hamba yang membinanya.” Lawak hambar macam ni korang jumpa lagi dalam mockumentary, Cunk on Earth.

Apa kelainan rancangan ni?

Philomena Cunk adalah host untuk 6 episod rancangan yang boleh ditonton dekat Netflix dan BBC. Dokumentari biasanya bersifat serius dan akademik. Akan tetapi, korang boleh menyelusuri sejarah dunia dari zaman Greek Kuno sampailah Revolusi Industri, dari prasejarah sampailah zaman moden, dengan ditemani lawak hambar.

Ada isi ke lawak dia?

Walaupun lawaknya macam bodoh, ada jugak sindiran bijak. Contohnya semasa dia tanya Joyce Tyldesley, professor Egyptology, “adakah puncak piramid dibina tajam supaya orang homeless tak boleh tidur di situ?” Sebenarnya, soalan dan jawapannya tak penting pun. Namun ia cukup menyindir senibina anti-homeless yang boleh didapati di Amerika.

Lawak dia siap sindir ahli politik.

“Greek Kuno telah menyumbang banyak perkara yang kita pakai hari ini seperti ubat-ubatan dan minyak zaitun. Bagaimanapun, banyak juga perkara yang sudah pupus seperti demokrasi dan tiang agam.” Cunk berani kritik politikus yang bersikap diktator dan mengutamakan kepentingan peribadi.

Ada jugak lawaknya yang menyakitkan hati.

Sambil berjalan di atas kawasan runtuhan, Cunk cakap: “Susah nak percaya yang saya sedang berjalan di atas runtuhan kota pertama yang dibina atas muka bumi. Sebabnya..tidak pun. Kota kuno tu sebetulnya berada di Iraq. Bahaya gila kalau pergi sana. Tapi kan, runtuhan kota tu lebih kurang macam ni la.”

Lawaknya, boleh pulak dia gaduh masa temubual.

“Boleh terangkan kepada saya pasal Soviet Onion (bawang)?” Profesor tu pelik la, “mungkin yang kamu maksudkan adalah Soviet Union”. Cunk boleh pulak degil, “eh tak, saya memang nak tahu pasal Sovie Onion”. Lawaknya, boleh pulak profesor tu layankan. “Kalau kita nak cakap pasal Soviet Onion, ia tentang sayur-sayuran yang ditanam dalam negara Soviet macam vawang, lobak dan sebagainya”.

Bolehlah dikatakan, kalau cikgu sejarah cerita zaman kesultanan Melaka sampailah zaman kemerdekaan seperti Cubk, mesti takde sape tidur masa kelas.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Korang boleh mebayangkan dunia futuristik dalam fiksyen AZRAHEL SI PENJEJAK KUBUR. Banyak aksi menarik dan plot menyentuh hati yang menanti korang. klik: https://bit.ly/AzrahelShopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply