Masa itu emas.
Peribahasa ini sangat bermakna dalam kehidupan kita. Kita perlukan masa untuk jalankan kehidupan sebaik mungkin. Kalau tak hargai, memang kita kerugian!
Sebenarnya, ada satu movie sains fiksyen bertemakan dunia distopia ni menceritakan kehidupan jadikan masa sebagai matawang. Ya, korang tak salah baca! Ada movie macam tu dihasilkan!
Movie yang saya maksudkan ialah In Time (2011) yang ditulis dan diarah oleh pengarah New Zealand bernama Andrew Niccol. Dalam movie ni, pada tahun 2169, manusia diubahsuai secara kejuruteraan genetik apabila usia menginjak 25 tahun.
Maksudnya, badan kita diubah suai dan mempunyai masa dipanggil sebagai ‘Timer’ di lengan. Kita akan diberi masa setahun secara percuma. Kalau ‘Timer’ mencapai kosong, badan kita akan ‘timed out’. Bahasa mudahnya, kita mati.
Masa juga dijadikan sebagai matawang antarabangsa. Nak beli apa-apa barang, harga ditentukan dengan berapa minit atau jam untuk ‘dibeli’. Kalau barang ni ‘berharga’ 2 jam, pembeli harus bagi masa 2 jam kepada penjual. Masa boleh disimpan dalam kapsul, lebih kurang macam dompet.
Will Salas, watak utama dalam movie In Time ialah seorang pekerja kilang yang biasa saja. Pada waktu malam dia selamatkan seorang lelaki bernama Henry Hamilton dari dikejar oleh geng perompak masa bernama Minutemen.
Sejak selamatkan Hamilton, baru dia tahu kisah sebenar golongan kaya-raya yang sanggup merompak dan menjual masa dengan ‘harga’ yang tinggi, demi memastikan mereka hidup selama-lamanya, dan orang miskin kekal miskin dan meninggal sia-sia.
Penamat movie ni korang carilah sendiri! Kalau korang minat cerita dunia distopia, boleh layan In Time. Kesimpulan yang boleh saya sampaikan ialah:
‘Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.’
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih