Sejak kematian Genghis Khan, empayar Mongol mula berpecah. Kublai Khan dianggap sebagai Khan Agung terakhir. Empayar Mongol semakin retak dan berpecah kepada 4 pada 1294 setelah kematian Kublai Khan iaitu:
1. Kekhanan Golden Horde di barat laut, diasaskan dan diperintah oleh keturunan anak lelaki pertama Genghis Khan, Jochi.
2. Kekhanan Chagatai di Asia Tengah, diasaskan dan diperintah oleh keturunan anak kedua Genghis Khan, Chagatai.
3. Ilkhanat di barat daya, diasaskan dan diperintah oleh cucu Genghis Khan daripada anak bongsunya Tolui, Hulagu Khan dan keturunannya.
4. Dinasti Yuan / Kekhanan Teragung di China, ditubuhkan dan diperintah oleh cucu Genghis Khan iaitu abang kepada Hulagu, Kublai Khan dan keturunannya.
Apakah punca semua ini berlaku?
Genghis menaikkan anak ketiganya Ögedei sebagai Khan Agung Kedua. Pertelingkahan berlaku mengapa dua anak Genghis yang paling dua tidak dijadikan pewaris takhta sedangkan masih hidup. Akhirnya, mereka setuju untuk sokong Ögedei supaya keluarga tak berpecah.
Empayar Mongol terus berkembang ke timur dan barat di era Ögedei, berjaya runtuhkan Dinasti Jin di China dan Empayar Khawarizmi di Asia Tengah. Namun, kematian Ögedei menghentikan kemaraan Mongol di Eropah.
Janda Ögedei, Töregene yang jadi pemangku dapat sokongan dari ramai bangsawan Mongol supaya Güyük, anak lelaki Ögedei dilantik sebagai pewaris.
Batu Khan iaitu anak kepada Jochi yang memerintah Golden Horde risau sebab hubungan dia dengan Güyük tegang. Walaupun begitu, Batu akui Güyük sebagai Khan Agung. Namun apabila Güyük meninggal dunia pada 1248, takhta jatuh kepada Möngke, anak lelaki kepada Tolui dibantu oleh Batu Khan.
Möngke berjaya jatuhkan Khalifah Abasiyyah di Baghdad dengan menghantar Hulagu dan Kublai dihantar ke China untuk takluk Dinasti Song. Möngke pula meninggal dunia tak lama kemudian. Pemilihan pengganti Möngke antara adik-adik beliau iaitu Ariq Böke dan Kublai Khan membawa kepada Perang Saudara Toluid. Kublai yang menang menghadapi pula penentangan berterusan daripada keturunan anak lelaki Genghis yang lain.
Kublai berjaya ambil alih kuasa, tapi perang saudara terjadi untuk kuasai kembali keluarga Chagatayid dan Ögedeid. Empayar Mongol berpecah kerana merebut takhta tertinggi. Itulah, susah jugak bila anak ramai ni.
Kublai dan cucunya Toghan Temür Khan yang memerintah Dinasti Yuan hanya ada kuasa nominal untuk pecahan-pecahan Empayar Mongol di luar Dinasti Yuan. 32 tahun selepas kematian Genghis Khan, empayar terbesar di daratan dalam sejarah manusia akhirnya terpecah kepada 4 empayar berbeza.
Oleh: Azizul Farhan
Banyak lagi cerita menarik, misteri dan luar biasa pasal Mongol yang saya pasti korang belum tahu. Jadi jom tambahkan ilmu mengenai Mongol bersama KITAB TAMADUN MONGOL. Boleh beli di: https://bit.ly/3KhafNU

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply