Masih ada lagi orang tak percaya bumi yang mengelilingi matahari dan bukan sebaliknya. Sebenarnya, fakta ini bukan dari saintis barat semata. Al-Biruni dan Al-Haytham pun mempercayai bumi yang mengelilingi matahari.

Konsep ini dipanggil heliocentrism. Ulama Islam tulis Masudic Canon (1031) dan Al-Shukūk ‘alā Baṭalamiyūs. Sekaligus membuktikan keyakinan ini tidak bertentangan dengan prinsip keimanan seorang muslim.

Tapi, macam mana pula kita nak jelaskan Surah Yaasin ayat ke 38? “Dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.”

Sebenarnya Matahari, Bumi dan Bulan ada tempat peredarannya. Bulan mengelilingi Bumi, Bumi mengelilingi Matahari dan Matahari mengelilingi pusat galaksi. Di pusat galaksi itu ada Black Hole. Bukankah itu sudah menunjukkan ketetapan peredaran dari Tuhan.

Bukan sahaja Matahari, bahkan seluruh sistem suria dari planet Utarid, Bumi, Marikh termasuklah Uranus beredar mengelilingi pusat galaksi Bima Sakti. Matahari mengambil tempoh kira-kira 250 juta tahun untuk lengkapkan satu peredarannya. Mengikut perkiraan saintis, Matahari sudah mengelilingi pusat galaksi sebanyak anggaran 18 kali sejak kejadiannya 4.6 bilion tahun lampau.

Kita kena berterima kasih dengan ulama Islam, kerana dengan semangat ilmu mereka mampu menerima fakta ilmiah ini di zaman agama lain bersikap tak senang duduk dengan idea heliocentrism. Pada abad ke-17, Gereja Kristian mengharamkan buku Galileo Galilei kerana membantah fahaman bumi sebagai pusat galaksi. Sedangkan ulama Islam telah menerima heliocentrism sejak abad ke-11 lagi.

Persoalan, kalau bumi itu berputar selaju 1000 batu sejam, dan juga bergerak mengelilingi matahari dalam kelajuan 67,000 batu sejam, kenapa dengan kelajuan ini, kita tak terasa apa-apa?

Jawapannya ada dalam Hukum Pengerakan Newton yang pertama. “Lex I: Corpus omne perseverare in statu suo quiescendi vel movendi uniformiter in directum, nisi quatenus a viribus impressis cogitur statum illum mutare.”

Yang bermaksud, sesuatu objek yang bergerak dengan apa isi yang ada di dalamnya akan tetap bergerak, manakala sesuatu objek yang pegun dengan segala isinya akan tetap pegun, melainkan ada satu daya luaran yang bertindak ke atasnya.

Macam kita naik keretapi, kita akan bergerak sama dengan kelajuan keretapi. Kerana kita duduk di atas objek yang laju bergerak, kita juga akan ikut laju bergerak. Kecualilah kalau jadi accident, barulah penumpang boleh terpelanting keluar.

Sekali lagi kami nak tekankan, heliocentrism tak bertentangan dengan al-Quran. Ada penjelasan tuntas dari ulama Islam dan saintis dunia!

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Fakta sains yang menarik macam ni kami dah tulis dalam QUANTUM! Bersempena #TPSEBELAS dapatkan buku-buku kami seperti QUANTUM dan banyak lagi dengan DISKAUN RM 10 sampai 8 OKTOBER ni. Klik https://thepatriots.store/pt-quantum/ atau https://bit.ly/quantumshopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply