Robot atau automata telah lama bersama manusia melalui kisah-kisah lagenda seluruh dunia, seperti kisah lagenda orang Yahudi tentang makhluk ciptaan bernama golem dan kisah mitologi orang Yunani tentang dewa Hephaestus mencipta robot sebagai pembantunya.
Ada satu kisah dari China tentang penciptaan robot berupa manusia pada fasa Dinasti Zhou, iaitu abad ke-10 SM. Kisah ini pernah dicatat dalam manuskrip ajaran Taoisme bernama Liezi tulisan ahli falsafah iaitu Lie Yukou.
Masa tu Raja Mu memerintah China. Baginda ialah raja kelima dinasti Zhou. Baginda pada waktu itu baru saja selesai memantau di kawasan barat China. Sampai ke istananya, jurutera askar bernama Yen Shih datang menghadap.
Yen Shih ingin mempersembahkan automata ciptaannya kepada Raja Mu. Pada keesokan harinya, Yen Shih membawa seorang lelaki bersamanya. Apabila Raja Mu bertanya siapakah lelaki itu, Yen Shih menjawab inilah automata yang beliau beritahu.
Automata Yen Shih boleh bernyanyi dan menari, sebijik macam manusia pergerakannya. Raja Zhou begitu teruja dengan persembahan automata itu. Selepas buat persembahan, automata Yen Shih mengenyit mata kepada salah satu gundik raja. Raja Mu begitu murka dan Yen Shih menjelaskan bahawa automata itu hanya mesin saja, bukan manusia.
Raja Mu tak puas hati kemudian menyuruh Yen Shih membuka isi dalaman automata itu. Setelah dibuka, sebahagian komponen mesin mempunyai rupa otot, jantung, tulang, dan kulit. Baginda menyuruh Yen Shih untuk ceraikan sebahagian komponen dan hidupkan kembali automata itu.
Satu-persatu komponen dalam automata dikeluarkan. Keputusannya menunjukkan automata tidak dapat hidup. Raja Mu berpuas hati dan menyuruh Yen Shih bersama ciptaannya kembali ke ibu kota. Sampai sini saja kisah automata Yen Shih. Tidak pasti apakah nasib jurutera ini bersama ciptaannya.
Nak cari bukti yang memgesahkan kisah automata dari Dinasti Zhou ini masih tak jumpa lagi oleh para ahli arkeologi. Mungkin hanya kisah lagenda saja.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih