Ada satu spesis lembu ternakan ni begitu penting bagi rakyat asal Mongolia. Kalau takde spesis lembu ni, mungkin kita tak kenal apakah Mongolia ni! Kalau nak tau apakah spesis lembu ini, saya ceritakan sedikit tentang kaum Mongol.
Orang Mongol ialah kaum asal dari negara Mongolia, wilayah Inner Mongolia di China, dan Republik Buryatia di Rusia. Kaum yang telah menduduki Mongolia sejak 45,000 tahun lalu pernah melalui fasa gemilang iaitu fasa Empayar Mongol yang ditadbir oleh Genghis Khan.
Mereka hidup sebagai nomad, berpindah-randah semata-mata mencari kawasan berumput untuk ternakan mereka. Yang menjadikan kaum Mongol masih kekal hidup sampai sekarang ialah ternakan mereka bernama yak.
Yak adalah spesis lembu ternakan yang berbulu panjang. Populasi spesis lembu ini bertebaran dari Pergunungan Himalaya sehingga ke Mongolia. Yak sangat penting kepada orang Mongol sendiri kerana seperti lembu lain, yak memberikan sumber makanan seperti daging dan susu.
Yak juga menghasilkan benang dari bulunya untuk menghasilkan pakaian tahan sejuk. Tambahan lagi, yak dijadikan sebagai haiwan pengangkutan untuk angkat barang ke kawasan pergunungan. Susu yak boleh dibuat sebagai sejenis keju bernama ‘byaslag’.
Bagi kaum Mongol yang tinggal di Pergunungan Khangai, yak dijadikan sebagai haiwan berlumba apabila menyambut Pesta Yak pada setiap tahun. Begitu kuatnya hubungan yak kepada orang Mongol sejak dulu kala lagi.
Orang Mongol juga mempunyai haiwan ternakan selain yak iaitu kuda, biri-biri, kambing, dan unta. Tapi, yak memberikan manfaat yang banyak kepada orang Mongol berbanding haiwan ternakan lain!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih