Pada era ke-15 dan ke-16 Masihi, orang Eropah masa tu berada dalam Fasa Pertengahan, di mana mereka berada dalam keruntuhan budaya dan ekonomi sehingga terpaksa menjadi petani atau buruh bawah tuan tanah dan banyak kerajaan ditadbir oleh pihak gereja.

 

Fasa Pertengahan itu jugalah orang Eropah sana menghidap bermacam-macam penyakit yang sukar dirawat ketika itu Antaranya ialah arthritis (bengkak di bahagian jari dan lutut), sakit tulang, sakit gigi, dan gout.

 

Di sinilah mereka cuba menghasilkan pelbagai jenis ubat posyen tanpa meminta bantuan doktor. Antara ubat buatan mereka ialah ubat yang bernama ‘Axungia hominis’, yang bermaksud lemak manusia. Ya, orang Eropah pada fasa pertengahan gunakan lemak manusia untuk tujuan perubatan!

 

 

Ada sebab sebenarnya kenapa orang Eropah sanggup jadikan lemak manusia sebagai ubat. Bagi ahli perubatan Eropah pada abad ke-16 Masihi, lemak berpotensi menjadi ubat dan mula menghasilkan produk lemak dalam botol. Kerajaan yang banyak menghasilkan produk ini ialah Perancis dan Jerman.

 

Golongan yang biasa menjual lemak manusia kepada ahli perubatan ialah perlaksana hukuman. Mereka dapatkan lemak dari banduan yang meninggal dunia selepas menerima hukuman mati. Lemak dari banduan ini akan dijadikan ubat yang bernama “poor sinners’ fat”.

 

Ada khasiat sebenarnya lemak manusia ini. Ia mampu menyembuhkan parut dan hilangkan parut. Rasa sakit sendi dan lutut bololeh hilang dengan hanya sapuan lemak ini. Kajian dari saintis Jerman pada awal tahun 1900-an mengesahkan kenaikan lemak manusia ini.

 

Masuk era tahun 1960-an, tisu lemak dari plasenta (saluran nutrien yang berhubung kepada bayi) digunakan untuk hasilkan krim anti-penuaan. Jadi, lemak manusia pun ada kebaikannya juga walaupun nampak jijik untuk jadikan sebagai ubat!

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply