Korang yang dah tengok John Wick 4, perasan tak masa scene Winston bercakap dengan Marquis de Gramont, ada banyak lukisan bersejarah. Kalau nak tahu, babak ini bertempat di Louvre Museum, Perancis.
 
Hari ini, kita nak bongkar peristiwa bersejarah di sebalik lukisan yang bernama Napoléon on the Battlefield of Eylau. Oil on canvas. Ia merupakan mahakarya Antoine-Jean Gros dan dihasilkan pada 1807-1808.
 
Perancis sangat berbangga dengan lukisan ini. Kerana ia memaparkan detik kegemilangan mereka apabila dapat mengalahkan Russia dalam Pertempuran Eylau (7–8 Februari 1807). Kalau korang perasan, lukisan ini merakamkan ramai tentera Perancis yang menumpahkan darah dan terkorban dalam pertempuran ini. Tompokan mayat sama banyak di antara kedua-dua pihak. Tentera yang terselamat pula menangisi rakan seperjuangan mereka yang sudah tumpas.
 
Napoléon Bonaparte tidak mahu detik berharga ini dilupakan orang. Maka, dia mengarahkan artis terhandal untuk melukiskan peristiwa bersejarah ini. Seramai 26 artis terbaik mengabadikan momen ini di atas kanvas mereka. Di antara yang terhandal, Antione-Jean Gross dipilih sebagai pemenang dengan lukisan terbaik.
 
Kalau korang tenung lukisan itu, tak hairanlah kenapa ia menjadi pemenang.
 
Secara sempurna, ia mengekspresikan sikap ambil berat Napoleon yang menaiki kuda dan memerhati keadaan para tenteranya. Napoleon kelihatan mengangkat tangan dengan wajahnya yang pasrah, simbolik kepada kesedihan di dalam hatinya. Jeneral ini juga nampak seperti sedang mendoakan tentera setianya. Kita dapat merasakan kerendahan hati, kasih sayang dan sikap bertimbang rasa kepada musuh dalam lukisan ini.
 
Pada hari berdarah tersebut, pihak Perancis kehilangan 20,000 lelaki. Pertumpahan darah ini cuma terhenti apabila pihak Russia melarikan diri dari medan peperangan. Pada abad ke-19, Pertempuran Eylau boleh dianggap sebagai pertempuran yang paling mengorbankan nyawa.
 
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
 
 
John Wick boleh dikatakan filem aksi yang sangat mendebarkan. Korang yang minat cerita aksi macam ni, mesti minat genre spy dan pelarian. Korang kena baca fiksyen MIGRASI YANG BERLUMPUR yang padat dengan aksi mengasyikkan. Klik https://bit.ly/MigrasiYangBerlumpurShopee
 
Tawaran menarik sudah bermula! Jangan lepaskan peluang dari 25 September sampai 8 Oktober ini, ada diskaun RM10 untuk semua buku kami. Kami sediakan banyak pilihan buku-buku ilmiah dan fiksyen yang pasti mengujakan korang. Klik https://shp.ee/cc3w7sn

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply