Tahun 1987, Russell Keith Dardeen dan Ruby Elaine yang menginap di rumah jenis trailer mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun bernama Peter. Pada waktu itu, Elaine mengandungkan anak kedua mereka.

 

Keith merupakan seorang pekerja di loji rawatan air manakala Elaine pula bekerja di sebuah kedai yang membekalkan barang pejabat.

 

Kawasan tempat tinggal mereka di Ina, Illinois sangat tidak selamat. Kes jenayah kerap berlaku.

 

Sehinggalah pada 18 November 1987, pihak polis memeriksa rumah Keith selepas ada laporan dibuat oleh ibu bapa Keith.

 

Ibu bapa Keith dihubungi oleh pihak majikan Keith yang memberitahu anak mereka tak datang kerja tanpa sebarang makluman.

 

Selepas memasuki rumah tersebut, mereka temui mayat Elaine dan Peter di atas katil dalam keadaan yang sangat mengerikan. Mereka berdua mati akibat dipukul bertubi-tubi dengan kayu besbol yang dihadiahkan oleh Keith kepada Peter sempena hadiah hari jadi.

 

Elaine ditemui dalam keadaan mulut dan seluruh tubuh badannya diikat dengan pita pelekat. Paling mengejutkan adalah penemuan mayat ketiga iaitu bayi Elaine yang baru dilahirkan.

 

Elaine terberanak anak keduanya semasa dipukul oleh pelaku. Menyedihkan apabila bayi yang baru lahir tu pun dipukul sampai mati. Sementara itu, Keith gagal untuk dikesan.

 

Mengikut siasatan awal, pelaku didapati bersihkan lokasi kejadian. Tiada sebarang tanda pecah masuk atau kehilangan mana-mana barangan yang berharga.

 

Pihak polis langsung tak tau motif sebenar pembunuhan. Mulanya Keith dianggap sebagai suspek utama. Tapi mayat Keith ditemui sehari kemudian di kawasan ladang gandum tak jauh dari rumah mereka.

 

Dia dibunuh dengan cara yang lebih dahsyat iaitu ditembak sebanyak tiga kali di kepala serta alat sulit Keith dikerat.

 

Kereta Keith yang penuh dengan kesan darah ditemui diparkir di luar balai polis yang terletak kira-kira 11 batu jarak dari rumahnya.

 

Berdasarkan laporan bedah siasat semua mangsa, tak tau siapa yang mati dulu. Apa yang pasti, mereka semua dibunuh dalam masa satu atau dua jam. Hasil siasatan juga mendapati keluarga Dardeen bukan sebuah keluarga yang bermasalah.

 

Hari demi hari, minggu demi minggu dan tahun demi tahun berlalu. Pihak polis gagal untuk menentukan motif pembunuhan serta mengenalpasti suspek.

 

Sehinggalah tahun 2000, seorang pembunuh bersiri bernama Tommy Lyn Sells yang disyaki telah melakukan 22 siri pembunuhan tampil membuat pengakuan bahawa dia adalah dalang sebenar di sebalik pembunuhan keluarga Dardeen.

 

Tommy kata dia dipelawa untuk makan malam di rumah Keith pada hari kejadian sebelum bertindak melakukan pembunuhan.

 

Tapi cerita Tommy diragui kerana penceritaannya yang tidak konsisten di samping fakta Keith adalah seorang yang mementingkan keselamatan keluarganya.

 

Keith pernah sekali tak melayan permintaan seorang wanita muda yang nak masuk rumahnya untuk pinjam telefon. Mustahil Keith akan benarkan lelaki asing untuk masuk ke dalam rumahnya.

 

Tommy pun dah dikenakan hukuman mati pada 2014. Persoalan samada Tommy benar-benar membunuh keluarga Dardeen kekal menjadi satu tanda tanya yang tiada jawapan.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Apa rasanya kalau korang nampak orang yang paling korang sayang mati dibunuh? Itulah yang dihadapi oleh Bakar di dalam DENDAM BAKAR. Tahu kesudahannya di webstore kami:

https://bit.ly/DendamBakarWebstore


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply