Pesuruhjaya Tinggi British di Asia Tenggara, Malcolm McDonalds pada tahun 1949 pernah usulkan sebuah “Grand Design” yang menyatukan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Brunei dan Sabah.

 

Idea McDonalds ini hanya untuk teruskan penjajahan British di rantau ini. Namun rancangan ini terhenti apabila Tanah Melayu menuntut kemerdekaan sendiri.

 

Idea asas pembentukan Persekutuan Malaysia muncul apabila Perdana Menteri Britain, Sir Harold Macmillan pada 9 Januari 1960 berucap tentang gagasan Greater Malaysia dan nak bagi kemerdekaan penuh kepada Singapura, Sarawak, Brunei dan Sabah dengan syarat dalam satu persekutuan.

 

Pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman nyatakan bahawa Tanah Melayu akan adakan persefahaman dengan Britain dan rakyat-rakyat di wilayah Singapura, Sabah, Brunei dan Sarawak untuk bentuk satu persekutuan.

 

Objektif Tunku Abdul Rahman untuk satukan wilayah-wilayah ni sebab Tanah Melayu dan Singapura sangat rapat dari sudut politik, budaya dan ekonomi. Seterusnya untuk halang pengaruh komunis. Kemudian, untuk berikan kemerdekaan kepada Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei.

 

Tunku fikir juga berkenaan keseimbangan kaum sebabnya kalau penyatuan hanya melibatkan Tanah Melayu dan Singapura, maka golongan bukan Melayu bakal jadi majoriti, memandangkan Singapura merupakan wilayah majoriti kaum Cina.

 

Penggabungan wilayah Borneo Utara, Sarawak dan Brunei akan buat kaum Melayu dan orang asal bentuk majoriti dalam negara yang baru itu.

 

Cadangan ini diterima British dan pada Jun 1961, Gabenor Sarawak, Sir Alexander Waddell, Gabenor Borneo Utara, Sir William Goode dan Pesuruhjaya Tinggi Brunei, Sir Dennis White dipanggil untuk adakan perbincangan dengan Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di Asia Tenggara, Lord Selkirk.

 

Singapura di bawah Lee Kuan Yew mengalu-alukan idea berkenaan kerana Singapura dilihat terlalu kecil untuk bertahan sebagai sebuah negara merdeka. Beliau bimbang komunis dan golongan kiri di Singapura memperoleh sokongan. Parti Tindakan Rakyat (PAP) sebelum ini tewas dalam dua pilihan raya kecil kepada parti berhaluan kiri pada 1961.

 

Di Brunei pula Sultan Omar Ali Saifuddin sokong cadangan tersebut, namun pemimpin Parti Rakyat Brunei (PRB), AM Azahari tak setuju dan menyifatkan ini sebagai anti-kolonial serta mahu Brunei mencapai kemerdekaan sendiri.

 

Pembentukan Malaysia ditentang oleh AM Azhari dan pengisytiharan konfrontasi oleh Indonesia melalui Presiden Sukarno. Manakala, Filipina menuntut Sabah dikembalikan kepada Filipina dengan alasan wilayah itu milik keturunan Sultan Sulu.

 

Suruhanjaya Cobbold dibentuk pada 17 Januari 1962 untuk meninjau pandangan rakyat wilayah tersebut berkenaan cadangan ni.

 

80 peratus rakyat Sarawak dan Borneo Utara sokong penubuhan Malaysia dan terima Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, terima Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

 

Suruhanjaya Cobbold syorkan penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK), Persekutuan Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Malaysia, kuasa autonomi dan jaminan khas dalam beberapa perkara diberi kepada Sabah dan Sarawak serta kedudukan istimewa kaum peribumi Sabah dan Sarawak.

 

Pada 9 Julai 1963, perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia ditandatangani di London yang ditandatangani wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dengan persetujuan dicapai untuk tubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963.

 

Tentangan berterusan Filipina dan Indonesia memaksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hantar misi ke Borneo pada 1963 bagi menjelaskan pandangan majoriti rakyat yang sokong penubuhan Malaysia sekaligus melambatkan pengisytiharan Persekutuan Malaysia.

 

Upacara perisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 16 September 1963, dihadiri Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Selamat Hari Malaysia! Selam dan kenal identiti jati diri anda bersama KITAB TAMADUN MELAYU! Dapatkan segera!

https://bit.ly/KTMWebstore


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply