Kisah kehilangan kapal ni menimbulkan seribu satu misteri.
Sebuah panggilan SOS misteri diterima oleh sebuah kapal paling hampir dengannya iaitu Silver Star yang berada 50 batu dari lokasi S.S. Ourang Medan. Kapal Silver Star pun bergegas ke sana dan menemui sesuatu yang sangat tak masuk akal.
Lokasinya di Selat Melaka. Pada tahun 1948, sebuah kapal Belanda ditemui dengan seluruh penghuni kapal tu mati dalam keadaan “tubuh kaku-beku kerana ketakutan.”
Kapten kapal bersama krunya ditemui mati dalam keadaan wajah penuh ketakutan, tapi takde kecederaan pada tubuh mereka yang membuatkan kita pelik macam mana mereka mati.
Apabila disiasat, api yang tercetus menjadi punca lantas seluruh kapal meletup, meninggalkan seribu satu tanda tanya.
CIA dedahkan kepada awam mengenai sebuah memo yang mengandungi butiran misteri ini. Panggilan SOS misteri yang ditemui oleh CIA berbunyi:
“Semua pegawal, termasuk kapten mati terbaring. Barangkali semuanya sudah mati.”
Selepas itu, panggilan SOS yang ditulis dalam Kod Morse diteruskan dengan siri titik berpanjangan serta tanda sengkang yang tak dapat diterjemahkan isinya sebelum bersambung dengan dua buah perkataan. “Aku mati.”
C.H Marck Jr, seorang pembantu pengarah CIA pada tahun 1959 menceritakan bahawa memo tersebut yang didedahkan ini buatkan CIA percaya yang kehilangan S.S. Ourang Medan ni mampu memberikan mereka klu kepada lebih banyak kehilangan kapal yang berlaku di Selat Melaka.
Penemuan mayat-mayat kru kapal yang seperti mengalami kesejukan yang luar biasa sangat tak kena dengan suhu sekitar yang dimaklumkan dalam sekitar 37 darjah celcius. Macam mana boleh beku pada suhu tu?
Ada pihak yang cuba periksa mengenai kewujudan kapal ini. Namun, mereka tak jumpa sebarang pendaftaran dengan badan kapal yang sah pada waktu itu di Eropah atau Amerika.
Ada dakwaan bahawa kapal S.S. Ourang Medan ni barangkali ialah kapal hantu yang akan muncul pada bila-bila masa di tengah laut.
Tetapi ada yang membantah teori ni dengan mengatakan bahawa kapal tersebut barangkali berdaftar di Sumatera, sebab tu rekod rasmi kewujudannya tak ditemui.
Ada banyak teori yang menyelubungi kisah tenggelamnya S.S Ourang Medan. Ada pihak yang mendakwa bahawa terdapat kuasa mistik yang menganggu mereka di atas kapal, lalu kemuncaknya ialah hampir seluruh kru kapal tersebut berakhir dengan kematian.
Oleh: Azizul Farhan
___
Sehingga kini, bangkai kapal ni masih belum ditemui selepas tenggelam. Bayangkan kalau kapal ni tiba-tiba muncul depan korang macam dalam DIRGAHAYU dengan Muzium Kapal Titanicnya. Nak tau kesudahannya? Dapatkan segera!
https://bit.ly/DirgahayuWebstore
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih