Memandangkan tular sekarang di media sosial berkaitan bala yang datang pada hari Rabu terakhir bulan Safar, pernah suatu ketika dahulu umat Melayu-Islam kita percaya pada satu amalan syirik dan khurafat yang bernama Mandi Safar.

 

Mandi Safar atau Puja Pantai ialah perayaan yang pernah diamalkan oleh umat Melayu-Islam pada zaman dahulu, khususnya di Melaka, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

 

Ia berlaku pada hari Rabu terakhir bulan Safar. Terdapat masyarakat masa tu percaya Safar ialah bulan yang bawa sial. Jadi, mereka pergi ke pantai untuk tolak bala.

 

Orang ramai berkumpul di pantai dan berenang di laut sebagai sebahagian daripada upacara, atau mereka minum air rendaman kertas dengan tulisan suci Al-Quran. Air ni dikenal sebagai ‘Air Safar’. ‘Doa tolak bala’ akan ditulis di atas kertas lalu dihanyut ke laut.

 

Pada hari Mandi Safar tu, kerbau pun disembelih untuk ‘dijamu’ kepada ‘roh laut’ supaya jangan ganggu mereka cari rezeki di laut. Adat ni diceritakan dalam Buku Teks Tata Rakyat untuk diajar di sekolah masa tu.

 

Mandi Safar ni dikatakan dah berlangsung sejak ratusan tahun yang lepas.

 

Pada 9 Julai 1963, Timbalan Mufti Johor, Dato’ Dr. Abd. Jalil Hassan nyatakan yang upacara-upacara tu bidaah dan tak masuk akal. Mufti Singapura pun keluarkan fatwa yang Mandi Safar ni haram kerana berunsur syirik.

 

Tapi, ritual ni masih diamalkan sehinggalah pada era 1980an. Sewaktu Perdana Menteri kita sekarang menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim jalankan usaha selamatkan akidah umat Islam dengan hapuskan tajuk ‘Mandi Safar’ dalam buku teks Tata Rakyat sekolah rendah. Beliau tulis surat pekeliling supaya tajuk Mandi Safar ni tak lagi diajar di sekolah-sekolah.

 

Lama kelamaan, ritual yang dilakukan secara besar-besaran ni sudah pupus buat masa sekarang ini. Punca utamanya ialah apabila masyarakat mula sedar mengenai perkara-perkara yang bertentangan akidah Islam. Harapnya tak ada usaha mana-mana pihak untuk adakan semula upacara yang bertentangan syarak ni.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Budaya Melayu ni bukannya semua melanggar akidah Islam. Setiap adat dan budaya tu dibentuk semula mengikut acuan Islam. Kenali identiti jati diri Melayu bersama KITAB TAMADUN MELAYU. Dapatkan segera!

https://bit.ly/40FLVup


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply