Kejap-kejap, bukan ke katak bertelur? Kenapa ni beranak pulak?

 

Katak Suriname ialah katak berbadan pipih lebar yang biasanya ditemui di Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, French Guinea, Peru, Suriname, Trinidad dan Tobago dan Venezuela.

 

Untuk pengetahuan korang, katak ni ada ciri-ciri reproduksi yang sangat unik. Proses melahirkan Katak Suriname unik kerana anak katak akan dilahirkan melalui belakang badannya.

 

Katak betina akan bertelur. Kemudian katak jantan akan senyawakan telur dan letak semua telur belakang badan betina. Akan ada kulit yang tumbuh untuk melindungi telur hingga menetas.

 

Telurnya akan menembusi kulit dan kekal sehingga terhasilnya anak katak yang sempurna di dalam kulit belakang badannya.

 

Setelah sekitar tujuh hari, bayi katak menggeliat keluar dari lubang kulit. Ia akan keluar sendiri dari lubang telurnya tu.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Geli tak korang tengok gambar katak ni? Kalau geli mungkin korang ada trypophobia. Kalau korang nak baca lebih lanjut tentang evolusi haiwan, boleh beli buku MANUSIA SEBELUM ADAM di: https://bit.ly/manusiasebelumadamshopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply