Pada pagi 17 Julai 1948, segerombolan pengganas seramai 100 orang melancarkan serangan ke atas Gua Musang. Gerombolan ini menyusup secara senyap-senyap melalui beberapa kumpulan dan berjaya menahan ketua-ketua kampung berdekatan.
Menjelang subuh, gerombolan ini bergerak ke Balai Polis Gua Musang dan menyerang balai berkenaan. Gerombolan ini mempunyai kelebihan dari segi bilangan anggota dan geografi kerana mereka menyerang dari kawasan tinggi sementara Balai Polis Gua Musang terletak di kawasan lembah.
Gerombolan tersebut berbalas tembakan dengan 16 anggota polis selama sejam sebelum terpaksa menyerah berikutan kehabisan peluru.
Selepas berjaya menawan balai polis itu, Gua Musang dan kampung-kampung berhampiran berjaya ditawan tanpa sebarang tentangan. Peluang bagi penduduk tempatan mengetahui cerita sebenar musnah apabila satu-satunya alat komunikasi di balai dimusnahkan. Serangan pihak komunis mengakibatkan ramai penduduk lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri.
Pihak berkuasa lancarkan serangan untuk merampas semula Gua Musang dari tangan komunis dengan pasukan Cawangan Khas dan Rejimen Askar Melayu digerakkan dari Kuala Krai dan Kuala Lipis.
Pihak komunis kumpulkan penduduk kampung dan menyatakan mereka sudah menawan seluruh Tanah Melayu dan kawasan Gua Musang merupakan kawasan terakhir yang ditakluk mereka. Dari situ, pelbagai bentuk keganasan dilakukan untuk paksa penduduk tunduk termasuk membunuh golongan yang tidak berdosa dan membakar rumah-rumah penduduk.
Pemerintahan komunis hanya bertahan selama enam hari dan hasil kerjasama penduduk, pada 21 Julai 1948, pihak berkuasa berjaya merampas semula Gua Musang dan ramai pengganas komunis mati dibunuh.
Sementara Kim Siong yang menjadi dalang keganasan di Gua Musang ditahan dan dibicarakan sebelum menemui ajal di tali gantung Penjara Pulau Pinang pada 2 Februari 1949.
Gua Musang dipilihnya kerana pekan tersebut sentiasa menjadi kubu kuat PKM semenjak zaman pemerintahan Jepun. Gerila-gerila di situ mempunyai kelengkapan senjata dan bermotivasi tinggi serta diketuai oleh seorang komander yang mempunyai rekod cemerlang menentang tentera Jepun.
Chin Peng sifatkan kalau tak kerana kegopohan Kim Siong menyerang tanpa mendapat izin parti, Gua Musang boleh menjadi ground zero kepada kegiatan PKM dan merealisasikan impian menubuhkan sebuah republik komunis di Tanah Melayu.
Oleh: Azizul Farhan
___
Kenal juga wira yang tidak didendang iaitu Dato’ Mohd Rani Abdul Rashid, mantan Komander VAT69 yang turut menentang komunis bersama buku biografinya PERTEMPURAN DI HUTAN. Dapatkan Segera! https://bit.ly/pdhshopee
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih