Sejak Kementerian Sumber Asli China mengeluarkan peta terbaru (lihat gambar) China pada 28 Ogos lalu, ia mengundang reaksi kurang senang banyak pihak termasuk Malaysia. Mereka menyifatkan peta terbaru ini menunjukkan keinginan China untuk mendapatkan semua pulau yang berada di sembilan garis titk sekitar Laut China Selatan. Begitupun, bagaimana kisah sembilan garis titik ini bermula?
Usaha pemetaan pulau-pulau ini buat kali pertama dibuat sekitar 1948. Peta yang diberi judul ‘Peta Kawasan Pentadbiran Republik China’ itu memaparkan garisan bentuk U yang menunjukkan pulau-pulau mana yang mahu dituntut.
Bagi memastikan peta yang dihasilkan itu tepat, satu mesyuarat membabitkan Kementerian Dalam Negeri Republik China (ROC) diadakan pada 25 September 1946. Mesyuarat tersebut telah menetapkan had mana kawasan yang terangkum dalam pulau-pulau berkenaan. Menerusi peta 1948, lapan garis titik dibuat dengan titik terakhir memisahkan Filipina dengan Taiwan.
Pada ketika itu, ini bukan isu kerana tanah besar China dan Taiwan berada di bawah pentadbiran kerajaan ROC. Namun begitu, semuanya berubah apabila Perang Dunia Kedua tercetus. Selepas tamat perang, sudah timbul kebimbangan daripada kerajaan pusat bahawa negara-negara yang baru merdeka seperti Filipina dan Indonesia bakal membuat tuntutan bertindih terhadap pulau-pulau di Laut China Selatan.
Jadi, untuk elak situasi ini berpanjangan, satu mesyuarat membabitkan beberapa kementerian termasuk Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar ROC diadakan pada 14 April 1947. Semua pihak bersetuju sembilan garis titik ini patut berakhir di James Shoal (Beting Serupai). Malangnya, ini sebenarnya menambah lagi kekeliruan tentang di mana berakhirnya sembilan garis titik China.
Ini disebabkan penerbitan buku panduan oleh Kementerian Maklumat ROC pada akhir 1947. Buku tersebut menyatakan tempat paling akhir untuk sembilan garis titik China ialah Kepulauan Tuansha dan bukannya James Shoal. Tuansha ialah nama lain bagi Kepulauan Spratly yang menjadi rebutan beberapa negara termasuk Malaysia.
Jadi, bagaimana kesilapan mudah ini boleh berlaku? Semuanya gara-gara peta yang dihasilkan seorang ahli geografi China bernama Bai Meichu pada 1936.
Bagaimanapun, ramai sejarawan percaya peta beliau penuh dengan kesilapan dan dipercayai disalin daripada peta lama milik British. Sudahlah salah salin, lepas itu beri tafsiran maklumat yang kurang tepat.
Gabungan dua faktor ini menjadikan garisan U yang dihasilkan beliau itu melepasi tiga pulau yang tidak wujud iaitu James Shoal, Vanguard Bank di perairan Vietnam dan Seahorse Shoal (Filipina). Selain itu, garis tersebut tidak menyentuh Taiwan kerana pada tahun 1936, Taiwan berada di bawah penjajahan Jepun.
Kesilapan Meichu gagal disedari ramai ketika itu. Dan menariknya, dua pelajar beliau iaitu Fu Jiaojin dan Zheng Ziyue merupakan sebahagian daripada jawatankuasa yang membentuk Peta Kawasan Pentadbiran Republik Cina. Jadi, apabila peta tersebut diterbitkan pada 1948, terdapat 11 garis titik dengan dua garis memisahkan Taiwan dan Filipina.
ROC kemudiannya terlibat dalam Perang Saudara China dengan Parti Komunis China (CCP) sebelum terpaksa berundur ke Taiwan pada 1949. Kejayaan CCP ditambah dengan hubungan baik yang terjalin dengan pergerakan komunis di Vietnam mendorong mereka menyemak semula peta. Peta ini kemudiannya mengandungi sembilan garis titik dengan garis terakhir tidak melepasi Teluk Tonkin/Beibu. Begitupun, ia masih meliputi Kepulauan Spratly dan Taiwan.
Sejak itu, inilah yang menjadi asas tuntutan sembilan garis titik China sehingga hari ini. Mana-mana peta yang dihasilkan termasuk versi terbaru pada 28 Ogos lalu hanya sekadar memperbaharui tuntutan mereka yang sedia ada sejak 1948. Dan hakikatnya, tuntutan yang dibuat berdasarkan peta berkenaan bukan saja tidak berasas tetapi tidak logik.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply