Menurut Islam, ada diterangkan bahawa setiap bangsa ada diturunkan rasul untuk memimpin mereka ke arah jalan yang benar. Tapi, daripada ramai ramai tu, dalam 313 orang rasul, hanya 25 sahaja yang wajib diketahui.

 

Tapi, ada seorang susuk figura bersejarah ni yang menjadi perdebatan ulama zaman dahulu sampai sekarang yakni berkenaan kerasulan Socrates, seorang ahli falsafah dari Yunani (Greek). Semasa Zaman Keemasan Islam, karya karya dari Yunani banyak yang diterjemahkan dan dikaji oleh orang Islam waktu tu, dan karya dari Plato dan Aristotle ni berjaya menambat hati ilmuwan Islam, malah juga menyebabkan perdebatan akidah orang Islam.

 

Socrates tak pernah tulis buku, tapi kita tahu pasal dia sebab Plato, anak murid dia banyak tulis pasal beliau. Ahli falsafah ni kebanyakannya berperangai pelik, tapi Socrates ni pelik dia lain sedikit sebab perangai dia menyerupai orang yang diberi wahyu atau dalam kata lain, nabi.

 

Orang Yunani waktu tu sembah berhala dewa dewi macam Zeus, Hercules, Athena dan sebagainya. Socrates pulak kerja dia ialah memaki dewa dewi orang Yunani. Menurut Aristophene, sahabat Socrates, beliau digambarkan suka mengutuk bunyi petir (kononnya Zeus tengah marah) sebagai ‘kentut Zeus’ dan apabila ditanya siapa Tuhan yang Socrates sembah, beliau jawab Tuhan dia hanya satu sahaja.

 

Sahabat Socrates, Alcibiades ni merupakan ahli politik di Athens tapi dia suka pergi rumah pelacur. Walaupun dianggap normal waktu tu, Socrates pulak buat kerja pelik suka tarik sahabat dia keluar dari rumah pelacuran, seolah olah buat amal makruf nahi mungkar. Socrates juga dikenali dengan nasihat nasihat beliau terhadap anaknya, dan benda ni buat ada pengkaji beranggapan Socrates ni mungkin Luqmanul Hakim.

 

Bila orang cakap Socrates lah manusia paling bijak di Athens, beliau tak percaya benda ni dan mula bertanya pada orang ramai siapa orang yang lagi bijak, dan benda ni membawanya ke jalan buntu. Sebab benda ni, Socrates cakap “apa yang aku tahu ialah aku tak tahu apa apa pun.” Benda ni mirip dengan ajaran Islam yang mengajar kita untuk jadi rendah diri walau setinggi mana ilmu kita.

 

Disebabkan ajaran ‘aneh’ Socrates ni, beliau akhirnya ditangkap oleh pihak berkuasa Athens dan didakwa merosakkan akal orang Athens sebab kutuk dewa dewi Yunani dan memperkenalkan ‘Tuhan’ baru. Diorang semua sepakat undi Socrates dihukum mati dengan minum racun. Menariknya semasa perbicaraan ni, Socrates sebut kadang kadang ada ‘daemon’ datang berjumpa dengannya nak beri amaran bahaya, dan ‘daemon’ ni juga yang suruh dia ajar orang Athens pasal fahaman dia. Daemon ni dalam bahasa Yunani bermaksud ‘sesuatu yang suci’, mungkin merujuk kepada ‘malaikat’.

 

Sebab benda ni, ramai kawan Socrates cuba larikan beliau diam diam, lagi lagi diorang ni semua orang yang berpengaruh macam Alcibiades. Walau bagaimanapun, Socrates tolak sebab beliau cakap ‘setiap hari dia mimpi melawat taman indah dengan perempuan cantik’, jadi beliau taknak lari sebab beliau rasa ni memang takdir dia. Benda Socrates cakap ni seolah olah beliau bercerita tentang syurga.

 

Beliau akhirnya dihukum mati dan tak lama selepas itu, kota Athens ditakluk oleh Sparta lepas Perang Peloponnesian. Benda ni menarik bila fikir balik sebab dia seolah olah, rakyat Athens kena laknat dengan Tuhan sebab bunuh Socrates. Sama macam umat umat rasul dulu yang dilaknat sebab taknak ikut ajaran rasul rasul yang diutuskan. Lagi lagi orang Athens ni bunuh Socrates, maka lagi teruk deme kena laknat. Lepas Socrates kena hukum bunuh,

 

Sebagai punchline kepada perdebatan ni, kita kena fikir balik pasal watak Zulqarnain dalam al-Quran. Alexander the Great ni dikatakan antara calon Zulqarnain. Zulqarnain ni raja yang beriman dengan Allah, jadi kalau betul Alexander ni Zulqarnain, maka sepatutnya baginda kena ada perwatakan orang beriman.

 

Guru kepada Alexander ialah Aristotle. Guru kepada Aristotle pula ialah Plato. Guru kepada Plato? Socrates. Jadi secara tak langsung, kalau betul Socrates ni seorang rasul, maka sanad ilmu Alexander ni dah bersumberkan dari orang orang yang beriman dengan Allah. Tapi, ini hanyalah perdebatan ilmuwan ilmuwan kita dari dulu sampai sekarang, sama seperti Zarathrustra, pengasas agama Majusi yang ada sebahagian ulama kita syak merupakan seorang nabi. Yang wajib kita kena tahu masih rasul yang 25 tu sahaja.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply