Kalau korang buat kajian persamaan DNA, korang akan perasan yang ayam ni DNA dia sangat dekat dengan DNA dinosaur seperti T-rex. Jangan kata ayam, malah semua burung pun sangat dekat DNA dengan dinosaur. Biawak pun tak sama dekat macam burung dengan dinosaur, padahal kalau kita tengok dinosaur tu, rupa macam biawak. Kenapa jadi macam ni?
Benda ni sebab burung ialah cucu cicit dinosaur yang paling dekat sekali. Yang sama dekat dengan dinosaur selain burung ialah buaya. Sebab tu kalau kita tengok kajian genetik filogeni haiwan, yang berevolusi terus daripada dinosaur ialah buaya dan burung.
Benda ni jadi sebab dinosaur sebenarnya berbulu pelepah. Kajian fosil fosil setakat ni semua membawa kepada dinosaur berbulu pelepah, bukan bulu macam kucing tu. Selain itu, dinosaur juga dijangka berdarah panas, sama macam burung. Semasa zaman kepupusan dinosaur berlaku sebab hentaman komet/asteroid, satu dunia jadi gelap.
Jadi, dinosaur gergasi yang kuat makan semua pupus sebab tak ada makanan. Yang hidup cuma dinosaur kecik yang boleh hidup dengan makan biji biji dan sisa hidupan yang ada pada waktu tu. Antara dinosaur tersebut ialah archaeopteryx, sejenis dinosaur yang dah nampak rupa burung dia termasuk bulu pelepah, sayap dan paruh.
Kalau burung tu cucu cicit dinosaur, maka patutnya burung ni reptilia lah kan. Ya, burung ialah reptilia. Walaupun burung berdarah panas dan reptilia lain macam biawak berdarah sejuk, hakikatnya burung mempunyai banyak ciri ciri reptilia. Contohnya, taik dia hitam putih, sama macam ular, buaya dan biawak.
Malah, daging biawak dan buaya kebanyakannya rasa sama dengan ayam. Kalau korang perhatikan kaki dinosaur dengan kaki burung unta pun dah macam takde beza je tengok. Disebabkan persamaan genetik yang tinggi, saintis gunakan burung sebagai model untuk kajian dinosaur.
Jadi kalau korang terfikir apa rasa daging dinosaur, korang ingat je rasa daging ayam macam mana. Settle masalah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih