Kalau kita layan novel, manga, anime, drama, atau wayang Jepun, mesti ada babak dengan latar belakang pokok bunga sakura. Melalui babak ini, kita percaya bahawa bukan wayang atau anime Jepun namanya kalau tiada babak pokok bunga sakura!

 

Kenapa orang Jepun kaitkan kehidupan mereka dengan pokok bunga sakura? Adakah semata-mata cara mempromosikan budaya mereka? Atau lebih dari itu?

 

Pertama sekali, kita kenal dulu serba-sedikit tentang pokok bunga sakura. Pokok ini dari kumpulan genus bernama Prunus yang tumbuh bertebaran di Hemisfera Utara, terutamanya China, Rusia, dan Jepun.

 

 

Spesis pokok bunga sakura yang banyak tumbuh di Jepun ialah spesis Prunus speciosa (bunga sakura Oshima) dan spesis Prunus jamasakura (bunga sakura Yamazakura).

 

Bunga sakura biasanya mekar pada bulan Mac hingga April, Dari musim bunga sakura mekar ini wujud budaya ‘Hanami’, iaitu meminum secawan the atau arak sambil menikmati kemekaran bunga sakura. Budaya ini mampu menarik orang Jepun lain untuk datang ke timbunan pokok bunga sakura dan menikmati sendiri keindahannya.

 

Bagi orang Jepun, bunga sakura membentuk jiwa mereka dengan tiga perlambangan: hidup, mati, dan hidup kembali dengan wajah baru. Pertama, bunga sakura memperingatkan orang Jepun tentang hidup.

 

Hidup manusia umpama hidup bunga sakura, hidup yang singkat dan pasti ada penghujungnya. Walaupun singkat, ia mampu menghiburkan manusia melalui keindahannya.

 

Orang Jepun percaya kepada keajaiban (kiseki, 奇跡), di mana jika mereka melakukan tanggungjawab bersama-sama, keajaiban akan berlaku. Kepercayaan mereka lahir dari bunga sakura yang mekar bersama-sama apabila masuk musim mekar.

 

 

Keguguran bunga sakura pula mengingati orang Jepun tentang kehidupan yang singkat saja. Tapi mereka taknak mati dengan sia-sia dan nak seperti bunga sakura yang masih indah walaupun gugur. Sebab inilah amalan seppuku (切腹) atau hara-kiri (腹切り) wujud di mana titisan dari melambangkan keguguran bunga sakura.

 

Orang Jepun juga percayakan hidup semula dengan wajah baru. Pokok bunga sakura yang akan mekar pada musim seterusnya mengingatkan mereka untuk mulakan hidup baru dan terus ke depan. Fasa persekolahan Jepun yang buka pada bulan April juga berkaitan dengan kepercayaan ini.

 

Kalau tiada pokok bunga sakura ini, mungkin tak wujud negara Jepun yang kita kenal sekarang. Mungkin tiada lagu dari kumpulan rock Mega dengan lirik ini:

 

Engkaulah sekuntum bunga Sakura,

Mekarmu di tempat indah dan dingin,

Dan aku bagaikan padang pasir di Gurun Sahara~

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply