Banyak-banyak haiwan, haiwan bernama zirafah ini ada kontroversi tentang evolusi leher panjangnya, sampai ada perdebatan antara dua orang saintis terkenal pada abad ke-19 Masihi.

 

Haiwan dari yang bertaburan di Afrika ini kita sedia kenal dengan leher panjang yang mampu memakan daun pokok dengan mudah. Menurut saintis Perancis bernama Jean Baptiste Lamarck, beliau percaya bahawa moyang zirafah mempunyai leher yang pendek, kemudian moyang ini cuba panjangkan leher mencapai daun pokok yang tinggi.

 

Dari usaha memanjangkan leher inilah, moyang zirafah alami evolusi memanjangkan leher sampailah wujud spesis zirafah sekarang. Tapi, Charles Darwin yang mengemukakan teori evolusi tidak berapa setuju dengan penjelasan Lamarck itu.

 

Menurut Darwin, dulu ada bermacam spesis zirafah. Ada zirafah leher pendek dan ada zirafah leher panjang. Yang leher panjang ni mampu hidup lama bersama pokok-pokok yang tinggi. Jadi, zirafah leher panjang adalah haiwan yang terpilih untuk hidup lama sampailah sekarang. Ni kita panggil pemilihan alamiah (natural selection).

 

 

Kalau takat debat penjelasan siapa paling benar, memang tak habis la. Kena ada bukti juga, kan? Dari sinilah kumpulan penyelidikan yang diketuai oleh Melinda Danowitz dari New York Institute of Technology’s College of Osteopathic Medicine menemui jawapannya!

 

Ternyata, moyang zirafah bernama Prodremotherium dan genus zirafah terawal iaitu Canthumeryx mempunyai tulang belakang yang panjang. Manakala moyang zirafah leher pendek iaitu Giraffokeryx wujud pada 12 juta tahun dulu, kemudian lahir spesis zirafah lain seperti genus Sivatherium, dan Bramatherium. Sekarang, hanya okapi satu-satunya kumpulan zirafah leher pendek masih wujud.

 

Jadi, penjelasan Darwin adalah pemenangnya! Memang wujud kumpulan zirafah leher pendek dan leher panjang, kemudian zirafah leher panjang mendominasi di seluruh Afrika, manakala okapi hanya menetap di dalam hutan negara Congo.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply