Kalau korang pernah tengok filem Enemy at the Gates (filem yang bagus walaupun watak Rusia bercakap dalam loghat British), korang akan tahu siapa yang saya maksudkan.
Zaitsev dilahirkan di Yelenovsk di Ural. Beliau belajar memburu pada usia muda, menghabiskan hari di hutan belantara menjejak dan menangkap haiwan bersama adik lelakinya.
Vasily Zaitsev mula menyertai tentera Soviet pada 1937 sebagai pelayar di Tentera Laut yang ditempatkan di Vladivostok. Selepas Nazi menyerang Kesatuan Soviet, beliau tawarkan diri untuk berperang di medan timur. Tentera Merah ditugaskan ke Divisyen Rifle ke-248 Tentera ke-62 dibawah Jeneral Vasily Chuikov.
Pada 22 September 1942, Zaitsev memasuki Stalingrad dengan bot. Pertempuran dah berlangsung selama sebulan. Unit Zaitsev bertanggungjawab menahan serangan Tentera ke-6 Jerman di Stalingrad.
Walaupun kebanyakan Pertempuran Stalingrad ialah pertempuran berjarak dekat, dari rumah ke rumah, dari bilik ke bilik, tapi tu bukan cara Zaitsev. Sebaliknya, beliau akan melakukan misi meneutralkan sasaran bernilai tinggi seperti pegawai atau sniper lain.
Salah satu pencapaian Zaitsev dan Nikolay Kulikov yang paling terkenal ialah pertempuran sniper selama tiga hari dengan seorang sniper Jerman. Zaitsev berkata “pertarungan tu berlangsung selama tiga hari, tapi berakhir dengan kemenangan kami dalam beberapa saat.” Beliau dan Kulikov berjaya memaksa sniper Jerman tu keluar dari persembunyian dan Zaitsev membuat tembakan maut.
Zaitsev terus menmbunuh sekitar 300 sniper Jerman sepanjang Pertempuran Stalingrad.
Pada Januari 1943, Zaitsev mengalami kecederaan mata akibat serangan mortar Jerman. Zaitsev buta, tetapi doktor mata terkenal Rusia dan perintis pemindahan kornea Vladimir Filatov berjaya memulihkan penglihatannya. Akhirnya, Zaitsev kembali beraksi semasa serangan Soviet di Seelow Heights pada tahun 1945.
Selepas perang, Zaitsev bersara di Kiev. Beliau menghabiskan dua tahun di “pusat tahanan” dari 1951 hingga 1953, disebabkan kerajaan mengesyakinya melakukan pengintipan. Selepas dibebaskan, Zaitsev kembali ke Kiev dan bekerja sebagai pengarah sebuah kilang tekstil. Beliau meninggal dunia pada tahun 1991, hanya 11 hari sebelum Kesatuan Soviet dibubarkan.
Oleh: Azizul Farhan
…
PERANG DUNIA KEDUA ni konflik antarabangsa yang paling berdarah dalam sejarah. Korang boleh baca buku PERANG DUNIA KEDUA ni dan mudah didapati di link shopee ni: https://bit.ly/perangduniakedua
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih