Terdapat mitos yang berterusan di kalangan sarjana barat dan dalam masyarakat Islam, salah satu punca yang menyebabkan kemunduran tamadun Islam pada era Empayar Uthmaniyah ialah rasa takut yang melampau terhadap kemunculan teknologi mesin cetak.
Mesin cetak dianggap sebagai ciptaan syaitan yang boleh membawa umat Islam menjauhi nilai moral keagamaan yang telah ditetapkan.
Tiada personaliti dalam mesin cetak. Ilmu pengetahuan disalin oleh objek tidak bernyawa yang tidak lagi menyerap wahyu ketuhanan semasa proses pembuatan. Dan lebih teruk lagi, mesin cetak dicipta oleh orang kafir, yang secara tak langsung mengancam akidah umat.
Satu titah telah dikeluarkan: mesin cetak adalah objek yang dilarang, dan sesiapa yang menggunakannya secara rahsia boleh dihukum mati. Namun, salinan titah yang melarang mesin cetak yang dikeluarkan oleh Sultan Bayezid II dan Sultan Selim I tak pernah ditemui.
Dari segi sejarah, Uthmaniyah mengambil langkah berjaga-jaga menghentikan penyelewengan teks agama. Kritikan Eropah terhadap Islam selalunya bersifat menghina, merendahkan dan memesongkan imej Rasulullah (saw) dan Islam. Kebanyakannya hanyalah propaganda dengan matlamat politik.
Tak lama selepas Penaklukan Konstantinopel pada 1453, Islam kehilangan Sepanyol. Teknologi percetakan kini tersedia di mana apa sahaja boleh dicetak dalam pengeluaran besar-besaran.
Pada tahun 1537, mesin cetak Venice di bawah kuasa Paganino dan Alexandro Paganini mengubah ayat al-Quran.
Disebabkan oleh penyelewengan al-Quran di Venice, Uthmaniyah menjadi skeptikal terhadap mesin cetak dan melaksanakan dasar untuk menangani isu ini.
Ramai ahli fiqh Uthmaniyah mencadangkan pelbagai tindak balas dan mereka memutuskan untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang mengehadkan pencetakan teks keagamaan melalui percetakan.
Banyak faktor yang menyebabkan Uthmaniyah terus membelakangkan mesin cetak. Masyarakat semasa awal kebangkitan Islam bukan sekadar menulis untuk mendokumentasikan pengalaman mereka secara peribadi atau kolektif, mereka menulis untuk mengekalkan realiti syurgawi yang turun ke bumi melalui Nabi.
Apabila mesin cetak dicipta, ia memperkenalkan paradigma yang baharu: kecekapan, kelajuan, ketepatan, jisim, dan demokrasi. Kita melihat teks sebagai tulisan dalam buku bercetak. Tiada keindahan, tiada kerohanian, tiada keperibadian, tiada identiti. Hanya tulisan semata-mata.
Kewujudan standard pengetahuan dan estetika tertentu yang difikirkan sesuai dan betul melahirkan elitisme ilmu yang dimainkan oleh Ulama dalam Empayar Uthmaniyah.
Mesin cetak mempunyai potensi memecahkan standard estetika karya media dan mendemokrasikan ilmu dalam karya itu sendiri. Sebagai penjaga tafsiran agama, situasi ini mungkin menggoyahkan autoriti mereka.
Walaupun mesin cetak mempunyai kesan yang besar terhadap pembaharuan agama dan pendemokrasian ilmu, projek itu pada asalnya direka untuk menjana keuntungan besar dalam tempoh yang singkat.
Apabila Mehmed Said Effendi mendapat inspirasi untuk menubuhkan mesin cetak berikutan tugasannya sebagai Setiausaha Sulit kepada Duta Uthmaniyah ke Perancis, beliau memerlukan kelulusan autoriti birokratik.
Bersama-sama dengan Müteferrika, kedua-duanya cuba meyakinkan Wazir Agung dan Sultan tentang manfaat besar yang boleh dihasilkan oleh mesin cetak.
Dengan kelulusan Sheikh ul-Islam, disusuli dengan ferman Sultan Ahmed III, Empayar Uthmaniyah mula berlumba-lumba melahirkan golongan celik huruf di kalangan masyarakat Islam. Namun sektor percetakan hanya berkembang pada kadar yang sederhana.
Oleh: Azizul Farhan
…
Berakhirnya pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah memberi impak besar kepada umat Islam seluruh dunia. Nak tahu lebih lanjut, dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM. Cepat borong di Shopee kami: bit.ly/ktislam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih