Korea Selatan ialah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi penuh. Tetapi, sejarah Korea Selatan sangat buruk dengan demokrasi. Berlakunya 2 kali kudeta, 3 kali pembubaran parlimen secara paksa dan 9 pindaan perlembagaan. Kita lihat bagaimana gerakan reformasi yang dilakukan oleh rakyat setelah penat yang gila kuasa ingin memegang tampuk pemerintahan selamanya.

 

Sejak pelaksanaan Perlembagaan Yushin pada 1972 oleh presiden Park Chung-hee, Presiden Korea Selatan telah dipilih secara tidak langsung oleh National Conference for Unification. Sistem ini berterusan walaupun selepas Park telah dibunuh dan kemudian digantikan oleh Choi Kyu-hah, yang telah digantikan oleh Chun selepas Kudeta 12 Disember. Ahli persidangan dipilih oleh rejim sendiri dan tak membawa memberi kuasa rakyat memilih presiden mereka.

 

Chun mengadakan pilihan raya parlimen pada tahun 1985. Parti pemerintah hanya kehilangan dua mandat, namun kemenangan moral besar dikecapi pembangkang, yang diketuai oleh Kim Dae-jung dan Kim Young-sam.

 

Tuntutan utama pembangkang ialah pilihan raya presiden dibuat secara langsung, dan Chun berusaha untuk menggagalkannya. Sebuah jawatankuasa parlimen membahaskan pelbagai cadangan selama berbulan-bulan. Pada 13 April 1987, Chun menggantung jawatankuasa ini sehingga selepas Sukan Olimpik.

 

Tindakan ni menggalakkan demonstrasi. Sepanjang tempoh ni, gerakan buruh, pelajar universiti, dan gereja bergabung untuk meningkatkan tekanan ke atas rejim.

 

Ramai aktivis pelajar di universiti menentang pemerintahan diktator Chun Doo-hwan selepas Pembunuhan Beramai-ramai Gwangju 1980. Park Jong-chol, presiden majlis pelajar di Jabatan Linguistik Universiti Kebangsaan Seoul ditahan semasa siasatan ke atas aktiviti sedemikian, Park taknak mengaku di mana lokasi salah seorang rakannya. Semasa soal siasat, pihak berkuasa gunakan teknik waterboarding untuk menyeksanya, dan akhirnya menyebabkan kematiannya pada 14 Januari 1987.

 

Maklumat mengenai peristiwa kematian Park Jong-chol pada mulanya dihalang. Bagaimanapun, Persatuan Paderi Katolik untuk Keadilan (CPAJ), mendedahkan kebenaran kepada orang ramai pada 18 Mei, menyemarakkan lagi sentimen orang ramai. CPAJ merancang demonstrasi pada 10 Jun.

 

Ketika demonstrasi semakin sengit, pelajar di Universiti Yonsei berdemonstrasi di universiti pada 9 Jun. Semasa protes, seorang pelajar Yonsei Lee Han-yeol cedera parah apabila bom tangan gas pemedih mata menembusi tengkoraknya. Dalam keadaan kritikal, beliau menjadi simbol protes selama berminggu-minggu dan meninggal dunia pada 5 Julai. Lebih 1.6 juta rakyat berarak semasa pengebumiannya yang diadakan pada 9 Julai.

 

10 Jun, Roh Tae-woo dicalonkan sebagai calon jawatan presiden. Demonstrasi besar berlaku di seluruh negara, dengan dianggarkan 240,000 orang mengambil bahagian di 22 bandar termasuk Seoul.

 

18 Jun, Perhimpunan Kebangsaan Bagi Penghapusan Bom Tangan Gas Pemedih Mata membawa 1.5 juta orang ke jalan raya merentasi sekurang-kurangnya 16 bandar. Pekerja kolar putih turut menyertai protes, membaling gulungan kertas tandas, bertepuk tangan dan menyuarakan sokongan mereka.

 

19 Jun, Chun mengeluarkan arahan untuk menggerakkan tentera, tetapi kerana takut berlakunya semula Pembunuhan Beramai-ramai Gwangju yang ganas, beliau membatalkannya semula selepas beberapa jam.

 

26 Jun, Perarakan Keamanan Negara Besar telah dilancarkan oleh Guk-bon (Ibu Pejabat Pergerakan Negara untuk Mendapatkan Perlembagaan Demokratik) membawa lebih 1 juta orang di 34 bandar mengambil bahagian dan 3,467 orang telah ditahan.

 

Akhirnya, Roh Tae-woo mengeluarkan Deklarasi 29 Jun, menyerah kalah kepada tuntutan penunjuk perasaan dengan berjanji untuk meminda Perlembagaan dan membebaskan Kim Dae-jung. Pilihan raya demokrasi pertama dijalankan pada Disember. Akhirnya Roh Tae-woo kekal menjawat jawatan presiden. Republik Keenam ditubuhkan dan kekal sebagai politik semasa Korea Selatan hingga kini.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Korea banyak mengalami anjakan paradigma dari zaman ke zaman. KITAB TAMADUN KOREA memuatkan banyak informasi menarik mengenai sejarah Korea hingga kini. Boleh beli di PBAKL dengan diskaun yang menarik. Kalau tak berkesempatan, boleh dapatkan di:

https://bit.ly/tamadunkorea


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply