Pada kurun ke-19, Uthmaniah telah mengumpul hutang yang terlalu banyak dengan bank Eropah. Masalah ini telah menjeratnya seumpama “gali lubang tutup lubang”.
Mereka membelanjakan lebih daripada kemampuan. Jumlah cukai dan pendapatan negara tidak lagi mampu menanggung perbelanjaan mega. Uthmaniah gigih memodenkan negara dengan projek-projek pembangunan seperti sistem telegraph dan kereta api.
Reformasi ketenteraan turut menelan belanja besar. Pada tahun 1876, Uthmaniah memiliki angkatan laut ke-3 terbesar dunia. Namun, Sultan yang membangunkannya pula digulingkan akibat berbelanja melebihi kemampuan negara.
Apa yang buat rakyat sakit hati, ada Sultan yang sanggup berhutang dengan Eropah semata-mata untuk kemewahan dan kebanggaan. Contohnya, Istana Dolmabahçe yang baru telah menelan belanja 5 juta lira bersamaan 35 tan emas. Ia menyamai seperempat daripada simpanan cukai tahunan negara. Ia siap pada 1856. Ada empat bangunan mewah yang lain dibina pada dekad berikutnya.
Pada 1854, perang Uthmaniah-Russia meletus. Krisis ini menambah bebas kewangan. Akibat terdesak, kerajaan mengambil keputusan membuat pinjaman dari bank Perancis dan Inggeris kerana Paris dan London ketika itu ialah pusat kewangan dunia.
Hutang pertama berjumlah 5 juta (84 juta lira) dengan kadar bunga 4%. Perbelanjaan ini digunakan untuk Perang Crimean.
Berita buruknya, Uthmaniah sudah terlambat untuk menyedari yang mereka tak mampu untuk membayar balik hutang. Pendapatan negara gagal melunaskan hutang walaupun perang sudah tamat. Apatah lagi pada pemerintahan Sultan Abdülaziz wang negara dibelanjakan dengan bebas.
Pada 1875, jumlah hutang Uthmaniah mencapai 200 juta dan mereka membayar 12 juta setahun. Untuk bayaran hutang sahaja, ia memakan lebih separuh daripada belanjawan negara.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Khilafah Turki Uthmaniah adalah kerajaan yang telah mempertahankan Islam buat ratusan tahun. Korang kena baca sejarah ni supaya dapat pengajaran. Bara KITAB TAMADUN ISLAM. Klik https://bit.ly/3TW0E20
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih