Sahabat kita Ammar Akmal rasa sedih orang dok kata ada ajaran sesat baru. Bila saya check balik, bukan ajaran Ammar. Tapi ajaran AMMA. Ni amma mende pula weh? Rupanya ada yang percaya Allah-Muhammad, Muhammad-Allah… astaghfirullah.

12 April lepas, ajaran AMMA dah difatwakan sesat. Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh telah menfatwakannya sesat semasa Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Kali Ke-231.

Punyalah biadap, diorang mempersoalkan Nabi Muhammad lembab sebab tidak mampu membaca dan menulis pada usia 40 tahun. Astaghfirullah!

Diorang juga mempertikaikan al-Quran yang kita baca sekarang. Ikut kepala diorang, kalaulah al-Quran yang ada sekarang sangat penting, sudah tentu ia ditulis dan dibukukan oleh Nabi. Diorang siap tak percaya kesahihan yanga da sekarang dengan dakwaan kan masa tu tulis atas kulit dan tulang belulang binatang. Pada diorang, mesti ada kesalahan.

AMMA juga percaya ada dua jenis al-Quran. Pertama, al-Quran hidup yang ditafsir sebagai alam kecil yang berada dalam diri manusia. Satu lagi, al-Quran yang kita baca iaitu mushaf. Diorang juga menterjemah kalimah syahadah dengan ‘Tiada nyata hanya Allah’ tanpa penjelasan sebenar. Diorang juga mempercayai bahawa agama Islam sudah menyeleweng pada tahun 850 Masihi.

Semua tuduhan AMMA ni memang tidak berasas!

Kalaulah mereka mempelajari terlebih dahulu sirah dan syamail Rasulullah (SAW), pati tidak akan keluar kalimah biadap kepada baginda. Kalaulah mereka mengaji ilmu qiraat al-Quran, pasti mereka kagum dengan kesungguhan dan ketelitian sahabat Nabi semasa mengumpulkan al-Quran ke dalam satu mushaf. Kalaulah mereka mengaji akidah sifat 20 dengan benar, pastilah tidak akan menyifatkan Allah dengan perkara khurafat dan tahyul.

Semuanya kerana tidak mengaji!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply