Dekat Malaysia, kita ada Si Tanggang. Dekat Indonesia pulak ada Malin Kundang. Dekat Brunei pun ada juga kisah seumpama itu cuba beza sikitlah. Katanya kisah ni berlaku semasa era pemerintahan Nakhoda Ragam di Brunei.
Apa kisah Si Tanggang dan Malin Kundang versi Brunei ni?
Semasa zaman pemerintahan Nakhoda Ragam, ada sepasang suami isteri yang kaya raya hidup bersama anak tunggal lelaki iaitu Manis di Ulu Sungai Brunei. Apabila meningkat dewasa, Manis bagitahu dekat ibunya nak pergi berdagang ke luar negeri.
Si ibu mula-mula tak bagi tapi lepas dah dipujuk rayu, Manis dibenarkan untuk berlayar. Syaratnya Manis perlu pulang semula ke Brunei setelah siap berdagang.
Sayangnya setelah bertahun-tahun, Manis tidak pernah pulang. Si ibu pulak sentiasa berharap dan terus bersedekah kepada penduduk kampung dengan harapan Manis pulang. Lama-kelamaan si ibu mula kekurangan harta dan rumah semakin uzur. Keadaan fizikal si ibu juga tidak beberapa baik. Memang nak tunjuk Manis ni lama betul tak balik.
Ada satu hari tu, sedikit kekecohan berlaku. Sebab katanya Manis yang telah bergelar nakhoda sudah pulang ke Ulu Sungai Brunei. Si ibu yang dengar berita tu terus bergegas lari ke tebing sungai untuk naik perahu menuju ke kapal Manis.
Sampai je dekat kapal, Nakhoda Manis nak sangat sambut tangan ibunya. Tapi bila si isteri tanya siapa perempuan tua dan tidak benarkan si ibu naik. Terus Nakhoda Manis cakap tu bukan ibunya.
Sebab katanya, ibu dia adalah orang kaya yang memiliki banyak harta. Bukan perempuan tua yang pakai baju buruk. Si ibu dengan penuh rasa kecewa terus berdoa agar Nakhoda Manis dan seluruh anak kapalnya menjadi batu.
Dalam sekelip mata kapal Nakhoda Manis menjadi batu dan semua hartanya tenggelam ke dalam laut. Sejak tu ramai beranggapan Jong Batu yang berada di Sungai Brunei adalah serpihan kapal Nakhoda Manis.
—
Kalau nak tahu lebih banyak kali kisah seperti Nakhoda Manis dan Si Tanggang? Baca je LIPUR LARA NUSANTARA. Cepat beli dekat https://bit.ly/43AcYIz
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.