Biasanya kucing dianggap sebagai sahabat dan peneman kita semua. Tapi dekat Jepun lain sikit. Sebab legenda deme mengatakan kucing merupakan satu makhluk yang kejam.
Kenapa sampai anggap macam gitu, sebab kucing makan dengan tidur dan kencing bersepah ke dekat rumah?
Masyarakat Jepun percaya kucing peliharaan akan bertukar menjadi raksasa kejam iaitu nekomata apabila usia semakin tua. Nak tengok kucing tu berubah ke tak, senang je. Lihat dia punya ekor. Kalau dah bercabang dua tu memang jadi raksasa dah tu.
Benda ni ada diceritakan dalam 1708 Yamato Kaiiki. Dalam catatan tu tulis ada rumah samurai seringkali diserang oleh raksasa misteri. Cari-cari tak jumpa puncanya. Deme syak dua ekor kucing samurai tu adalah punca. Deme pun hapuskan kucing tu dan serangan raksasa misteri terus hilang. Maknanya kucing tu lah nekomata.
Orang Jepun juga percaya nekomata ataupun raksasa kucing ni tinggal di kawasan gunung. Sebab tu deme sedaya upaya untuk tidak pergi ke gunung. Ditambah nekomata ni bijak sebab deme pandai menyamar untuk memperdaya mangsa.
Kadang-kadang deme buat bunyi menangis dan mintak tolong. Kadang-kadang deme menyamar sebagai orang yang kita kenal. Itu ok lagi lah sebab boleh je lari ataupun buat dang.
Masalahnya kadang-kadang tu, nekomata akan menyamar sebagai awek lawa untuk perdaya orang terutamanya lelaki kesepian macam korang yang tengah baca. Paling gila sekali nekomata ni menyamar jadi crush korang. Lepas tu dia cakap terima cinta korang dengan syarat kena ikut dia ke gunung.
Apa akan jadi kalau korang terperdaya dengan nekomata sehingga sampai gunung? Korang akan diserang dan dibunuh. Setelah itu korang akan jadi makanan nekomata.
Kepada korang semua terutamanya lelaki kesepian kalau ada awek lawa tegur atau crush terima cinta korang, berhati-hatilah. Mungkin itu adalah nekomata yang nak makan korang.
Nak tahu lebih banyak tentang budaya dan sejarah Jepun? Baca je KITAB TAMADUN JEPUN. Pasti lepas ni korang dah tak kesepian. Cepat sambar di https://bit.ly/KitabTamadunJepunShopee

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply