Kempen-kempen Salahuddin di Baitul Maqdis cetuskan gelombang Perang Salib Ketiga. Perang kali ini lebih fokus di kota pelabuhan Acre, bermula dari tahun 1189, dua tahun selepas kejatuhan Jerusalem, tentera Salib semakin ramai datang dengan kapal dari Sicily dan menyerang kota pelabuhan Acre.

 

Pada tahun 1191, keadaan serangan tentera salib semakin hebat dengan penglibatan Raja Philip Augustus, Raja Perancis dan Raja Richard The Lionheart, Raja Britain yang turut datang ke Acre bersama bala tentera masing-masing.

 

Richard membuat pertemuan mata ke mata dengan Salahuddin, tetapi tidak berhasrat untuk membuat apa-apa perjanjian damai.

 

Akhirnya pada 11 Julai 1191, Richard the Lion Heart dan tentera Salibnya berjaya memasuki Kota Acre. Walaupun Salahuddin hantar utusan memohon pembebasan semua tawanan perang di Kota Acre, namun kesemua 2700 tentera Islam serta 300 wanita dan kanak-kanak diikat dan dikumpulkan di tembok kota dan disembelih beramai-ramai.

 

Richard The Lionheart dan tenteranya bergerak ke arah selatan Acre dan menguasai kawasan pesisir pantai Palestin.

 

Sebelum Richard tiba di Jaffa, mereka dikepung oleh tdntera Islam di Arsuf dalam taktik perang gerila. Namun begitu, tentera Salib dari Kesatria Hospitaller dan Templar berjaya patahkan serangan tentera Islam dan menyebabkan Salahuddin kehilangan lebih kurang 7 ribu tentera manakala lebih kurang 700 tentera salib terkorban.

 

Richard cuba untuk buat perjanjian damai dengan Salahuddin melalui perkahwinan. Richard cadangkan perkahwinan antara Al-Adil, adik Salahuddin dengan Joan of England, adiknya.

 

Dalam perjanjian tersebut, Salahuddin akan berikan wilayah pantai Palestin kepada Al-Adil dan Monumen True Cross yang diambil semasa pertempuran Hattin dipulangkan. Perjanjian hampir termeterai, namun ia tidak berjaya kerana Joan of England bantah dan kembali ke Eropah kerana tak nak kahwin dengan orang Islam.

 

Richard the Lionheart rampas Kota pelabuhan Jaffa dan membina kubu utamanya di Jaffa. Richard tawan Askalon dan seterusnya pada November 1191, mereka berarak ke arah Baitul Maqdis.

 

Richard mendapat gelaran The Lionheart selepas kemenangannya dalam kempen-kempen ketenteraan sepanjang Pantai Palestin. Baginda jatuh sakit dan Salahuddin sendiri datang merawat dengan menyamar sebagai doktor.

 

Namun begitu, baginda terpaksa lupakan hasratnya takluk Jerusalem kerana terpaksa bergegas pulang ke London. John of England, adiknya sendiri mahu merampas takhta England daripadanya melalui komplot dengan Raja Philip dari Perancis.

 

Selepas Richard kembali ke England, Salahuddin berjaya ambil semula Jaffa. Richard dapat berita kejatuhan kota Jaffa bergegas kembali ke Palestin dan menyerang tentera Islam di Jaffa dengan kapalnya lalu berjaya merebut kembali kota tersebut.

 

Pada musim bunga 1192, Richard kuatkan kubu pertahanan Askalon. Baginda berhasrat untuk serang Mesir dari tangan Salahuddin. Namun begitu, Salahuddin meminta kubu Askalon dimusnahkan semula dengan perjanjian baharu. Pada mulanya, Richard taknak ikut perjanjian tersebut dan mahu teruskan perjuangannya.

 

Namun begitu, baginda sedar akan kekurangan di pihaknya. Baginda dituduh sebagai dalang dalam pembunuhan Conrad serta baginda sering gering dan kepercayaan kesatria-kesatria salib kepadanya berkurang kerana tidak menyerang Jerusalem.

 

Akhirnya, baginda terima cadangan Salahuddin untuk kembali ke England dan berikan Askalon kepada Salahuddin. Dalam masa yang sama, Jaffa hingga Tyre kekal sebagai Wilayah Tentera Salib dan gencatan senjata selama 5 tahun termeterai.

 

Tidak lama selepas Raja Richard The Lionheart berangkat pulang, Salahuddin Al-Ayyubi jatuh gering dan mangkat pada 4 Mac 1193 di Damsyik.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Nak bagitau ni, akan datang The Patriots akan terbitkan KITAB TAMADUN EROPAH yang penuh dengan sejarah Eropah. Dapatkan buku-buku keluaran The Patriots yang lain dengan DISKAUN SETINGGI RM15 di: http://bit.ly/bukupatriots


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply