Kalau kita yang Melayu ni, biasanya mesti tengok kalau-kalau ada cincin di jari. Tapi macam mana orang Korea zaman Joseon dulu?

 

Dorang cuma tengok gaya rambut je.

 

Kalau anak dara Korea yang masih belum berkahwin, diorang akan menggunakan gaya rambut Daenggi (댕기) atau Ttaheun meori/ Kwimit meori (땋은머리/귀밑머리).

 

Ttaeheun meori ialah nama untuk gaya rambut lelaki manakala Kwimit meori untuk wanita. Gaya rambut ni dipakai oleh remaja lelaki dan perempuan sebelum mereka berkahwin. Rambut dibelah di hadapan dan diikat panjang di belakang.

 

Daenggi (reben) diikat di hujung tocang. Bagi lelaki, mereka akan memakai hogeon manakala perempuan akan memakai baetssi daenggi pada rambut yang dibelah.

 

Tapi lepas je berkahwin, rambut yang dibiarkan bertocang di belakang tu akan digulung ke atas. Menghasilkan satu gaya rambut bernama Jjok/Jjokjin meori (쪽/쪽진머리).

 

Selepas penggunaan rambut palsu diharamkan semasa pemerintahan Yeongjo, gaya rambut ni digunakan secara meluas dalam kalangan rakyat jelata yang telah berkahwin serta bangsawan dan wanita diraja. Binyeo (cucuk sanggul) ialah perhiasan yang paling biasa digunakan dengan gaya ni.

 

Kalau korang biasa tengok filem atau drama sejarah Korea, mesti korang perasan yang gaya rambut anak-anak dan remaja perempuan biasanya berambut tocang panjang manakala perempuan yang dah kahwin guna gaya rambut yang diikat dan bersanggul.

 

Dengan gaya rambut ni, takde lah jantan hidung belang nak cuba-cuba tackle bini orang. Silap haribulan terkena penampar Korea.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Unikkan budaya Korea? Ni baru cerita pasal gaya rambut, belum cerita pasal mitologi diorang lagi. Banyak lagi yang korang boleh tau bila selam lebih dalam berkenaan sejarah Korea bersama KITAB TAMADUN KOREA! Dapatkan segera!

https://bit.ly/kitabtamadunkoreashopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply