Kalau sebut pasal Dinosaur, apa yang terfikir dalam kepala korang? Jurassic Park?

 

Tapi korang pernah tak tengok siri bertajuk Dinotopia ni masa kecik-kecik dulu?

 

Kembali pada tahun 90-an dan awal 2000-an, Dinotopia karya James Gurney diadaptasi daripada novel ke dalam siri televisyen yang memeranjatkan penonton dengan dunia fantasinya yang cantik dan gabungan unik kehidupan prasejarah dan budaya manusia purba.

 

Ia memberi nafas kehidupan ke dalam khayalan setiap kanak-kanak berumur 10 tahun dan memperkenalkan dunia kepada tanah yang tidak pernah wujud di dunia yang seperti ni.

 

Kalau korang tak ingat cerita dia macam mana, cerita dia bermula apabila kapal terbang yang membawa dua beradik terhempas ke pulau Dinotopia, tempat unik di mana dinosaur dan manusia wujud bersama.

 

Karl dan Cyrus Crabb merancang untuk lari dari pulau yang dikatakan tak boleh ditinggalkan itu.

 

Bertentangan dengan abangnya, David cemerlang dalam mempelajari bahasa jejak dinosaur dan mahu tinggal di Dinotopia, pada mulanya kerana cintanya pada anak perempuan Datuk Bandar Marion.

 

Apabila sumber kuasa Dinotopia hilang, David dan Karl mesti membantu Marion menyelamatkan pulau itu.

 

Sebenarnya, James Gurney yang buat Dinotopia ni selalu bekerjasama dengan National Geographic sebelum buat novel, lagipun dia memang pakar bab rendering ni.

 

James Gurney punya kreatif bila mana dia akan cipta dengan realistik tamadun purba dan kehidupan prasejarah. Menurutnya, penyelidikan yang melibatkan semua itu mengilhamkan dua ilustrasi: “Dinosaur Parade” dan “Waterfall City” yang akhirnya dimasukkan di dalam Dinotopia.

 

Didorong oleh penerbit bersara Ian dan Betty Ballantine, Gurney akhirnya berjaya siapkan novel Dinotopia pertama, Dinotopia: A Land Apart from Time.

 

Secara keseluruhan, Gurney sendiri menulis empat novel dan bekerjasama dengan pengarang lain untuk menerbitkan 18 novel pendek yang menyempurnakan dunia fantasi Dinotopia.

 

Kejayaan novel-novel ni akhirnya membawa Dinotopia daripada ilustrasi dalam novel ke dalam kaca televisyen. Pada awal 2000-an, Hallmark Entertainment dan Walt Disney Television keluarkan satu siri yang diadaptasi novel pertama Dinotopia yang disiarkan pada tahun 2002.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Genre Dinotopia lebih kurang sama dengan genre yang disampaikan dari novel 2099: ILUSI UTOPIA, iaitu genre utopia. Kalau korang nak tahu apakah genre utopia yang disampaikan, dapatkan novel ini segera sementara DISKAUN SETINGGI RM15 di Shopee: https://bit.ly/2099Ilusi


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply