29 Jun 2002, perlawanan Piala Dunia 2002 berlangsung bagi kedudukan ketiga antara Korea Selatan dan Turki yang berlangsung di Stadium Daegu. Perlawanan ini dimenangi Turki menewaskan tuan rumah dengan skor 3-2. Namun dalam masa yang sama berlaku pula pertempuran di lautan.

 

Kisah Pertempuran Yeonpyeong Kedua ni diadaptasikan ke dalam sebuah filem bertajuk Northern Limit Line yang muncul di layar perak pada 2015.

 

Dua bot peronda Korea Utara berhampiran sempadan garisan utara di laut barat melintasi Northern Limit Line, garisan sempadan yang memisahkan Korea Utara dan Selatan.

 

Para marin Korea Selatan yang sedang meronda di atas kapal Chamsuri-357 berusaha untuk berkomunikasi dan juga memperingatkan tentang pelanggaran sempadan yang dilakukan oleh dua kapal Korea Utara tersebut.

 

Namun tiba-tiba kapal Korea Utara itu melepaskan tembakan ke arah Chamsuri-357 yang ditugaskan untuk mengawal kawasan laut. Serangan mengejut itu menyebabkan kedua-dua pihak berbalas tembakan selama 30 minit.

 

Selepas pertempuran sengit itu, kapal Korea Utara akhirnya berundur, dengan salah satu kapal mereka rosak teruk dan seramai 30 tentera tentera Korea Utara dipercayai terbunuh atau cedera.

 

Namun sayangnya, pertarungan tak seimbang tersebut pada akhirnya turut memakan korban jiwa di pihak Korea Selatan. Selain harus karam, Chamsuri-357 juga kehilangan 6 prajurit dan 18 daripadanya cedera.

 

Walaupun selepas pertempuran pada tahun 2002, Korea Utara kerap menyusup ke garisan utara.

 

Pada tahun 2010, 46 kelasi Korea Selatan maut dalam karam kapal Tentera Laut Korea Selatan, Cheonan. Pada November tahun yang sama, artileri Korea Utara mengebom pulau Yeonpyeong, menyebabkan tentera dan orang awam terkorban.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Northern Limit Line ni nama sempadan Korea Utara dan Selatan di atas laut. Apa pulak nama sempadan Korea Utara dan Selatan di daratan? Nak tau bila dan macam mana persempadanan ni tercipta? KITAB TAMADUN KOREA ada jawapannya! Dapatkan segera!

https://bit.ly/kitabtamadunkoreashopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply