Apabila Dr Burhanuddin Al-Helmy meninggal dunia pada tahun 1969, Tan Sri Dato’ Mohd Asri bin Hj Muda dilantik menjadi Presiden PAS. Dalam waktu sama, Asri juga jadi Menteri Besar Kelantan dari tahun 1964 sampai 1972.

 

Pada tahun 1972, Tun Abdul Razak cadangkan supaya diwujudkan Kerajaan Perpaduan Perikatan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Akhirnya, pada 1 Januari 1973 kerajaan campuran Perikatan-PAS pun terbentuk.

 

Asri dilantik sebagai Menteri Kemajuan Tanah dan Tugas-Tugas Khas pada 7 Januari 1973, dengan menyerahkan jawatan MB Kelantan kepada Ishak Lotfi Omar.

 

Namun selepas PRU-1974, Barisan Nasional UMNO-PAS semakin retak. Masa tu, ada dua nama yang dicalonkan menjadi Menteri Besar Kelantan. Dato’ Mohd Nasir dan Wan Ismail Ibrahim. Kedua-dua ni ahli PAS, tapi berbeza sokongan. Mohd Nasir dicadangkan oleh UMNO, manakala Wan Ismail dicadangkan oleh PAS.

 

Dato’ Asri terima cadangan UMNO dan pilih Mohd Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru, manakala Wan Ismail dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar.

 

Mohd Nasir akhirnya ambil keputusan untuk letak jawatan secara rasmi pada 31 Ogos 1977. Tapi tiba-tiba, Mohd Nasir tak lepaskan jawatan disebabkan ada campur tangan UMNO.

 

PAS ambil tindakan drastik dengan pecat Mohd Nasir dan undi tak percaya dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan. Mohd Nasir tersingkir dari jawatan MB Kelantan.

 

Tercetusnya rusuhan di Kota Bharu. Ibrahim Ali ketuai satu gerakan yang digelar sebagai ‘Barisan Bertindak Rakyat Kelantan’. Kerajaan keluarkan perintah berkurung di Kelantan dan ada cadangan supaya Kelantan diisytiharkan darurat.

 

Akhirnya, PAS disingkirkan dari BN dan jadi parti pembangkang semula.

 

Lepas PAS tersingkir dari BN, pengaruh Asri dalam PAS semakin berkurangan. PAS tewas di Kelantan dalam PRU-1978. Ahli-ahli PAS terutamanya Dewan Pemuda mula mempersoalkan kepimpinan Asri.

 

Pemuda PAS bertindak mengadakan Muktamar Tahunan PAS lebih awal dari tarikh yang ditetapkan untuk pulaukan Asri.

 

Asri sendiri berpendapat Revolusi Iran 1979 menjadi pengaruh kepada tindakan Dewan Pemuda PAS.

 

Ketika Asri bagi ucapan kat Muktamar Tahunan PAS Ke-28 pada pagi 23 Oktober 1982, ucapannya dicemari dengan slogan-slogan pro-Revolusi Iran dan gambar-gambar tokoh Revolusi Iran.

 

Pekikan ‘Marakbar Asri’ berselang-seli dengan ucapan kalimah ‘Allahhuakbar’. ‘Marakbar Asri’ yang bererti ‘Mampuslah Asri’ iaitu pekikan yang sering diucap oleh Iran sebagai ‘Marakbar Amerika’.

 

Petang tersebut, Asri letak jawatan sebagai Presiden PAS. Bila surat ni dibaca oleh Setiausaha Agung PAS, ia disambut dengan laungan takbir oleh para perwakilan.

 

Jawatankuasa Kerja Agung PAS buat keputusan untuk terima peletakan jawatan Asri. Maka, tamatlah perjuangan politik Asri dalam PAS yang dah dipimpinnya sejak tahun 1965.

 

Selepas tersingkir dari PAS, Asri bentuk parti baru yang dikenali sebagai Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM). Tapi parti ni tak bertahan lama. Pada tahun 1988, Asri sertai UMNO. Pada 28 Ogos 1992 Asri Muda meninggal dunia akibat sakit jantung.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Korang rasa ilmu korang dalam politik masih tak cukup? Persoalan-persoalan seperti asas, ideologi dan prinsip politik dimuatkan di dalam POLITIK UNTUK PEMULA. Dapatkan segera!

https://bit.ly/3frB0C5


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply