Banyak-banyak pemburuan harta karun, ada satu harta karun ini bukan saja sampai sekarang tidak dapat ditemui, malah ‘meragut’ 6 nyawa sepanjang lebih 200 tahun pencarian dan menunggu mangsa ketujuh sebelum akhirnya harta ini ditemui.
Harta karun yang saya maksudkan ialah harta karun Pulau Oak. Pulau Oak ialah sebuah pulau kecil yang terletak di negeri Nova Scotia, Kanada. Dulu, pulau ini dihuni oleh orang asal Mi’kmaq selama beribu-ribu tahun.
Pada akhir era 1700-an, barulah ada gosip-gosip rakyat tentang harta karun yang ditanam di Pulau Oak. Dikatakan terdapat harta karun ditanam milik seorang ketua lanun Scotland bernama William Kidd yang diburu oleh Inggeris. Kemudian buah mulut ini menjadi berita sensasi pada tahun 1856.
Ramai yang percaya harta karun William Kidd betul-betul ditanam, kononnya harta karun itu tersimpan manuskrip agama dan barang kemas milik ratu Perancis terakhir iaitu Marie Antoinette. Ramai juga yang ragu-ragu akan kesahihan harta karun tersebut.
Kerana berita sensasi ini, ramai pemburu harta karun mula meyerbu Pulau Oak demi berebut menjadi orang pertama temui harta karun William Kidd. Lokasi yang popular ialah ‘Money Pit’ yang terletak di Timur Pulau Oak. ‘Money’ Pit’ ialah lokasi penggalian yang unik, di mana setiap kedalaman 3 meter terdapat papan kayu. Papan kayu ini menjadi kepercayaan pemburu di mana sinilah harta karun itu berada!
Sehinggalah penggalian sedalam 30 meter, pemburuan harta karun terhenti kerana berlakunya air bertakung yang menyukarkan pencarian. Sebanyak 6 misi pencarian dilakukan secara individu atau berkumpulan, seramai 6 orang telah terkorban. Korban ini mewujudkan kepercayaan para pemburu di mana Pulau Oak mempunyai ‘sumpahan’ dan mangsa ketujuh diperlukan sebagai ‘korban’ terakhir untuk temui harta karun yang misteri itu.
Sekarang, pemburuan harta karun Pulau Oak diteruskan oleh dua orang saudara Lagina iaitu Rick dan Marty dari kumpulan Michigan dan pemburuan mereka menjadi dokumentari bernama ‘The Curse of Oak Island’ dalam siaran History.
Pemburuan saudara Lagina ini berbeza dengan pemburuan lepas, di mana mereka menggali lokasi selain Money Pit bagi mencari kebarangkalian menemui harta karun yang telah ditanam lebih 200 tahun. Mereka juga telah membongkar misteri takungan air, iaitu perangkap yang direka oleh seorang yang genius demi melindungi harta tersebut dirampas oleh sesiapa.
Saudara Lagina ini juga menyelongkar rahsia Pulau Oak bagi mengetahui harta karun apakah yang mereka cari sekarang. Rahsia yang popular ialah harta karun itu sebenarnya milik Kesatria Templar yang lari dari Eropah dan membawa Cangkir Suci dan Tabut As-Sakinah.
Adakah saudara Lagina ini menjadi kumpulan pemburu yang pertama menemui harta karun Pulau Oak, setelah sekian lama menjadi buruan sejak akhir era 1700-an?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih