Biasanya, kalau nak kenal bintang-bintang di langit malam, mesti kita kena hafal bermacam jenis buruj kan? Saintis pun siap petakan kedudukan buruj-buruj yang bertebaran ini.
Seperti apa yang kita faham, buruj ni dibuat sebagai panduan kepada para peneroka terutamanya pelayar untuk menentukan lokasi dan destinasi mereka. Tapi sejak berlaku kecanggihan teknologi, buruj tak perlu diguna lagi. Tapi, kenapa saintis masih gunakan buruj?
Terlebih dahulu, kita pergi ke sejarah awal penciptaan buruj. Buruj biasanya dicipta sebagai simbolik kepada masyarakat kuno untuk mempercayai kisah lagenda atau mitologi. Macam buruj Orion, masyarakat Yunani boleh bayangkan kisah lagenda pemburu bernama Orion melalui bayangan burujnya di angkasa.
Buruj diasaskan oleh tamadun Mesopotamia, terutamanya pada era Babylonia supaya para akademik mengenali bintang dengan mudah. Kemudian penggunaan buruj dikembangkan oleh tamadun Yunani Kuno, berkat tiga orang tokoh iaitu Hesiodus, Eudoxus, dan Aratus demi memelihara mitologi mereka.
Jumlah buruj yang dicipta oleh tamadun Yunani Kuno ialah 84 buah buruj. Buruj-buruj Yunani masih kekal digunakan oleh ilmuan Barat sehingga abad ke-15 Masihi, di mana peneroka laut yang berlayar di Hemisfera Selatan menambah buruj-buruj baru sebagai panduan peneroka.
Pada tahun 1922, badan bukan kerajaan bernama International Astronomical Union (IAU) senaraikan 88 buah buruj yang sah dan menjadi rujukan untuk saintis meneroka alam semesta. Jadi, saintis sekarang gunakan buruj supaya mereka boleh kenal lebih mudah di manakah bintang yang mereka nak kaji.
Kita yang marhaen pun secara automatik kenal bintang-bintang melalui hafalan buruj-buruj. Macam buruj Zodiak yang kita biasa kenal macam Libra, Virgo, Leo, Taurus, dan sebagainya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih