Titah terakhir Tsar Nikolai II menamakan adiknya Gertsog Mikhail Aleksandrovich sebagai pewaris takhta. Tapi Gertsog Mikhail tolak demi semangat demokratik. Disebabkan itulah beliau jadi mangsa pertama pembunuhan keluarga Romanov.
Dalam masa 10 tahun sejak 1895, Rusia alami pelbagai revolusi, protes dan mogok. Semuanya kerana tekanan-tekanan ekonomi yang mencekik rakyat Rusia ke tahap yang luar biasa.
Berperang hampir setiap tahun tapi semuanya kalah kecuali dengan Turki. Perkara ni lagi teruk jadi lepas Perang Dunia Pertama dengan tuntutan-tuntutan perkilangan yang semakin naik mendadak.
Kebuluran memuncak, rakyat hingga tentera mula menentang kerajaan Tsarisme.
Vladimir Lenin muncul pada April 1917 lepas dengan bantuan Jerman atas harapan pengaruh Bolshevisme mampu keluarkan Rusia daripada Perang Dunia Pertama.
Beliau cucuk jarum-jarum komunisme sehingga meledakkan revolusi Julai dan Revolusi Oktober. Kerana revolusi inilah yang meletakkan Vladimir Lenin di tampuk pentadbiran Rusia.
Pihak monarki dan liberal bersatu dibawah Gerakan Putih menentang Panji Merah Vladimir Lenin.
Vladimir Lenin keluarkan Rusia dari Perang Dunia Pertama. Selepas bersidang di Brest-Litovsk, gencatan senjata dilaksanakan, lalu perbincangan tuntutan-tuntutan melampau daripada Kuasa Tengah dijalankan.
Vladimir Lenin terpaksa setuju untuk serahkan Finland, Estonia, Latvia, Lithuania, Belarus dan Ukraine kepada Empayar Jerman. Manakala Uthmaniyah pula mendapat Ardahan, Kars dan Batumi yang diambil Rusia semasa perang tahun 1878.
Perjanjian Brest-Litovsk tunjukkan betapa lemahnya pihak Bolshevik. Cuma perjanjian ni beri peluang untuk mengstruktur semula Rusia, bermula dengan penubuhan Tentera Merah (Red Army).
Tanpa diduga, perjanjian ni mengundang campurtangan 12 negara termasuklah Amerika Syarikat, British, Perancis, Jepun, dalam peperangan saudara ni.
Gerakan Putih semakin kuat untuk lawan pihak Bolshevik. Berideologikan pro-monarki, disebabkan itulah Vladimir Lenin rasa keluarga Romanov mesti dibunuh, semuanya tanpa tinggal sisa.
Pihak Bolshevik tak mampu pertahankan kedaulatan mereka kalau Gerakan Putih dapat satukan rakyat dibawah seorang raja.
Satu lagi peperangan menyusul dalam wilayah Rusia sendiri, selepas Vladimir Lenin berjaya keluarkan Rusia daripada Perang Dunia Pertama dengan kerugian yang besar.
Tentera Merah mula menyusup dan menentang pakatan anti-komunisme, Tentera Hitam dipimpin Nestor Makhno, Tentera Hijau dan banyak lagi.
Pada penghujung Perang Saudara, Rusia memang dah tenat dan hancur. Kemarau panjang 1920 dan 1921 keruhkan lagi keadaan. Pandemik menyerang Rusia. Ekonomi hancur. Individu pakar dan berpendidikan lari dari Rusia.
Disebalik kehancuran-kehancuran ini, sebuah impian baru berjaya dilahirkan: Sovetskiy Soyuz iaitu Kesatuan Soviet.
Oleh: Azizul Farhan
___
Perasan tak, perang yang jadi kat Rusia sekarang macam mirip dengan apa yang jadi dulu. Ada kena mengena ke? Jom jelajah selok-belok sejarah Rusia untuk kenal sistem politik ditunggang seorang pemimpin bernama Vladimir Vladimirovich Putin.
https://bit.ly/putinshopee
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih