“Aik, sekejap cerita harta karun Kapal Flor de La Mar, ni cerita harta karun Pulau Nangka pulak. Masalahnya, harta karun yang diceritakan itu tak nampak pun. Cerita sahaja di dalam akhbar ada harta karun, selepas beberapa bulan, cerita harta karun sunyi sepi sahaja.”
Persoalannya, sebenarnya ada ke harta karun di pulau tu?
Banyak cerita timbul katanya di dalam sebuah gua di Pulau Nangka yang dikatakan bernilai berbilion Ringgit.
Seperti yang dilaporkan oleh pengkaji sejarah Portugis kurun ke 16, Fernão Lopes de Castanheda, tentera Portugis tak berjaya cari kekayaan Sultan pada ketika itu kerana harta yang dipercayai milik Sultan Mahmud itu telah dilarikan dan disembunyikan sebelum melaka berjaya dijajah oleh Portugis pada tahun 1511.
Ada kisah yang menceritakan 30 tahun dahulu terdapat sekumpulan pencari harta karun telah pergi ke pulau itu untuk mencari harta yang dikatakan terdapat di situ.
Apa yang memeranjatkan, mereka semua telah keluar dari kawasan Pulau Nangka itu dalam keadaan khayal tanpa membawa sebarang harta mahu pun sekeping emas.
Mereka mendakwa telah menjumpai 8 peti berisi emas namun tidak berjaya mendapatkannya. Penduduk kampung percaya bahawa harta-harta karun itu ada “penjaga”nya atau telah terkena sumpahan.
Antara barangan yang dikatakan ada dalam gua tu termasuklah 80 peti yang mengandungi jongkong emas, syiling lama, mahkota dan pakaian diraja.
Pulau Nangka telah digazetkan sebagai hak milik Perbadanan Muzium Melaka sejak tahun 1997 lagi setelah dibeli daripada seorang individu pada harga RM2 juta.
Agak pelik bila kita dengar ada harta Sultan Mahmud di Pulau Nangka. Mengikut sejarah, semasa Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Bentan, baginda diiringi hampir 300 pengiring yang membawa harta seperti alat-alat kerajaan dan juga emas. Kesemua mereka ini sangat setia kepada Sultan dan takkan mengkhianati dengan mencuri dan menyembunyikan harta tersebut.
Semasa melarikan diri itu, Sultan dan pengikutnya hanya melalui jalan darat untuk mengelakkan diri daripada ditangkap Portugis. Jalan laut tak selamat buat mereka.
Usaha cari gali artifak di Pulau Nangka giat dijalankan sejak sekian lama. Namun apa yang ditemui hanyalah 2 keping syiling yang dikatakan milik Sultan Melaka. Setelah analisis dijalankan, rupanya syiling tersebut ialah syiling berukiran tokoh Jawa iaitu Kyai Lurah Semar Badranaya dan azimat bertulisan jawa yang berfungsi untuk ilmu pengasih.
Oleh: Azizul Farhan
___
Tahu tak korang? Catur ialah salah satu permainan popular di Kota Melaka. Dan Tun Pikrama yang disebut sebagai pakar catur Melaka! Melaka ni bukannya setakat Tuah-Jebat dan Puteri Gunung Ledang je. Selam lebih dalam lagi mengenai Kesultanan Melayu Melaka bersama TASJIL ANIS SALATIN: RAHSIA AGUNG MELAKA. Dapatkan segera!
https://bit.ly/TASMelaka
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih