Sultan Abu Syahid, Sultan Melaka yang ke-4 memerintah dari tahun 1444 hingga tahun 1446. Nama sebenar baginda ialah Raja Ibrahim. Baginda ialah putera Sultan Muhammad Syah dan bondanya puteri Raja Rokan.
Ayahanda baginda juga mempunyai seorang lagi isteri bernama Tun Wati binti Mani Purindan, adik kepada Tun Ali yang kemudiannya memegang gelaran Seri Nara Diraja.
Perkahwinan ayahanda baginda dengan Tun Wati melahirkan Raja Kassim, yakni Sultan Muzaffar Syah. Raja Ibrahim dan Raja Kassim bersaudara, tetapi akibat pengaruh bondanya yang pada ketika itu menjadi Permaisuri Melaka dan baginda anak gahara, maka Raja Ibrahim ditabalkan sebagai Sultan Melaka setelah kemangkatan Sultan Muhammad Syah pada tahun 1445. Baginda memakai gelaran Sultan Abu Syahid. Baginda juga memiliki nama gelaran lain iaitu Seri Parameswara.
Tun Ali dilantik sebagai Bendahara Melaka bergelar Seri Nara Diraja, menggantikan datuknya Seri Nara Diraja Tun Perpatih Besar.
Pertabalan Sultan Abu Syahid menimbulkan kegelisahan di istana Melaka. Oleh sebab usia baginda yang masih muda, Raja Rokan memangku tugas sultan.
Walaupun Sultan Abu Syahid merupakan pemerintah Melaka, kuasa pemerintahan sebenarnya terletak di tangan Raja Rokan, sepupu ibundanya yang datang menetap di Melaka sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah.
Dalam waktu tu, Melaka seolah-olah diperintah oleh Raja Rokan yang sentiasa berdamping dengan Sultan Abu Syahid. Akibatnya, pegawai-pegawai kanan Melaka mula membenci Raja Rokan. Raja Rokan tak bagi Raja Kassim, anakanda Sultan Muhammad Syah bersama Tun Wati, menetap di istana.
Raja Kassim dipaksa meninggalkan istana dan meneruskan hidup sebagai seorang nelayan. Hanya Tun Ali yang mengambil berat terhadap dirinya dan melindunginya dari sebarang ancaman.
Raja Kassim kemudiannya berpakat dengan Seri Nara Diraja untuk menentang Raja Rokan. Perancangan mereka mendapat sambutan yang baik di kalangan penduduk Melaka yang sememangnya tak suka Raja Rokan.
Seri Nara Diraja dan Raja Kassim memperdaya Bendahara Melaka untuk menyebelahi mereka.
Kedudukan bendahara yang seolah-olah berpihak kepada Seri Nara Diraja menyebabkan hulubalang dan pembesar Melaka yang taat setia kepada Sultan Abu Syahid telah berpaling tadah dengan memihak kepada Seri Nara Diraja.
Satu serangan telah dilakukan pada waktu malam di istana, dan terjadilah satu pertarungan diantara pengikut Sultan Abu Syahid dan penduduk Melaka yang diketuai oleh Raja Kassim, Bendahara dan Seri Nara Diraja Tun Ali.
Sewaktu serangan tersebut, Raja Kassim dan Seri Nara Diraja Tun Ali cuba untuk memisahkan Sultan Abu Syahid daripada Raja Rokan, tetapi tak berjaya.
Apabila Raja Rokan ditikam, dia dengan pantas bertindak balas menikam Sultan Abu Syahid. Akibatnya, kedua-dua Sultan Abu Syahid dan Raja Rokan telah terbunuh dalam serangan itu, yang berlaku pada tahun 1447.
Kemangkatan Sultan Abu Syahid, walaupun tak dirancang, merupakan perkembangan yang penting dalam sejarah Melaka kerana ia telah memastikan kesinambungan dan kestabilan politik di Melaka.
Kemangkatan baginda memudahkan Seri Nara Diraja untuk memberi laluan cucundanya, Raja Kassim menjadi Sultan Melaka dengan memakai gelaran Sultan Muzaffar Syah.
Oleh: Azizul Farhan
___
Tahu tak korang? Catur ialah salah satu permainan popular di Kota Melaka. Dan Tun Pikrama yang disebut sebagai pakar catur Melaka! Melaka ni bukannya setakat Tuah-Jebat dan Puteri Gunung Ledang je. Selam lebih dalam lagi mengenai Kesultanan Melayu Melaka bersama TASJIL ANIS SALATIN: RAHSIA AGUNG MELAKA. Dapatkan segera!
https://bit.ly/TASMelaka
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih