Walaupun maharaja Perancis, Napoleon Bonaparte memerangi Turki Uthmaniah dalam pertempuran menawan kota-kota Mesir, dia gagal menahan diri daripada impressed dengan musuhnya ini.

Korang boleh baca “Napoleon in his own words (1916)” tulisan Jules Bertaut. (English translation by Herbert Edward Law and Charles Lincoln Rhodes.)

“Bangsa Turki boleh dibunuh, tapi takkan pernah boleh ditakluk”. (mukasurat 144, chapter “Sociology”).

“Siapa yang menguasai Constantinople, layak memerintah dunia. (mukasurat 145, chapter “Sociology”).

“Kalau orang Russia mampu menakluki Constantinople, mereka boleh memanfaatkan kepakaran orang muslim di sana dengan memastikan hak harta benda dan toleransi agama terjamin. Orang Moor di Sepanyol banyak memberi sumbangan meskipun terjadinya inquisition. Hanya setelah perintah pengusiran dari Ferdinand dan Isabella, barulah mereka dihalau keluar.” (mukasurat 145, chapter “Sociology”)

Napoleon bertembung dengan ketumbukan tentera Khilafah Turki Uthmaniah dalam pertempuran Abukir (1799). Napoleon membawa 9,000 tentera bersenjata, 1,000 tentera berkuda dan 17 buah meriam. Turki Uthmaniah dengan pimpinan Mustapha Pasha mengetuai 5,000 tentera dan dengan pimpinan Hassan Bey mengetuai 2,000 tentera bersama 30 buah meriam.

Peperangan tamat dengan kemenangan berpihak kepada Perancis. Napoleon cuma kehilangan 200 nyawa tentera sementara di pihak Turki Uthmaniah. 2,000 orang maut, 11,000 mati lemas, 5,000 orang ditangkap dan 2,000 hilang tanpa jejak. Kegagalan mempertahankan pelabuhan dan kota-kota Mesir menyebabkan negeri Islam ini tumpas pada akhirnya.

Apabila Napoleon masuk ke bumi Nabi Musa ini, hampir setiap hari ulama’ Islam diheret, diculik dan dibunuh olehnya. Seperti yang dipuji oleh maharaja Perancis ini sendiri, kaum muslimin tidak pernah berhenti daripada berjihad membebaskan diri daripada penjajahan. Kempen ketenteraan Napoleon di Mesir Cuma bertahan dalam tempoh masa yang singkat iaitu dari 1798 sampai 1801M.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply