Para ulama’ berbahas tentang mengapa Nabi SAW tak melaungkan azan tetapi hanya mengimamkan solat. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas melalui Imam al-Nawawi yang membawa maksud;

 

“Sesungguhnya Nabi SAW seterusnya Khulafa’ al-Rasyidin mengimamkan tetapi tidak melaungkan azan, begitu juga tokoh-tokoh ulama’ yang utama selepas mereka”.

 

Nabi SAW dan khalifah selepas baginda tidak melaungkan azan adalah kerana mempunyai tugas yang sangat besar termasuklah selesaikan masalah umat Islam yang lebih penting dan tugas-tugas yang tak mungkin dilakukan orang lain.

 

Perkara ini berbeza dengan menjadi Imam. Mereka sudah pasti akan mengerjakan solat dan menjadi Imam kerana hukum bagi solat itu ialah wajib. Hujah ini dapat diperkuatkan lagi menerusi kata-kata Saidina Umar RA yang membawa maksud;

 

“Sekiranya aku mampu untuk (melakukan kerja) melaungkan azan dalam masa yang sama (melakukan tugas) khilafah, akan aku azan”

 

Riwayat al-Baihaqi (1858)

 

Imam Izzudin Abdul Salam nyatakan antara sebab Nabi SAW tak melaungkan azan kerana Nabi SAW istiqamah melakukan sesuatu urusan. Nabi SAW terlalu sibuk menguruskan hal umat sehingga tiada masa untuk beristiqamah untuk melaungkan azan.

 

Sebab yang lain Nabi SAW tak melaungkan azan kerana di dalamnya terdapat kata perintah menunaikan solat iaitu “Marilah menunaikan solat”. Seperti sedia maklum, solat mempunyai waktu yang luas iaitu selagi belum masuk waktu solat yang seterusnya. Namun, jika Nabi SAW yang melaungkan azan berserta perintah untuk menunaikan solat itu, menjadi satu kesalahan apabila menolak seruan mahupun perintah oleh Nabi SAW. Ini jelas dibuktikan melalui firman Allah SWT yang membawa maksud;

 

“Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu; sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu yang menarik diri ke luar (dari majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi. Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

 

(Surah al-Nur: 63)

 

Hikmah yang seterusnya ialah seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Naisaburi, bahawa terdapat kesaksian Nabi SAW ialah sebahagian daripada azan. Oleh itu, tidak harus untuk Baginda bersaksi ke atas diri Baginda sendiri.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Segala rintangan yang dihadapi Rasulullah perlulah kita jadikan tauladan dan pengajaran. Nak tahu lebih lanjut, dapatkan MUHAMMAD: DAKWAH DAN DIPLOMASI. Cepat borong di Shopee: https://bit.ly/MuhammadDakwahDiplomasi


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply