Korang tau tak pendeta Yahudi & Nasrani dari Najran pernah jumpa Nabi Muhammad (SAW) serta bertanya, “Engkau nak minta kami sembah kau ke?”

Soalan ni agak biadap sebenarnya.

Korang boleh buka Tafsir Tabari & Tafsir Ibnu Katsir berkenaan Surah Ali Imran ayat 78-83. Allah turunkan wahyu kepada Rasulullah (SAW) untuk jawab pertanyaan ahli kitab ni.

“Hai Muhammad, kau nak kami sembah kau seperti kami sembah Isa ibnu Maryam (Jesus Christ)?”

Allah turunkan ayat yang menjawab:

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن یُؤۡتِیَهُ ٱللَّهُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحُكۡمَ وَٱلنُّبُوَّةَ ثُمَّ یَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا۟ عِبَادࣰا لِّی مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَـٰكِن كُونُوا۟ رَبَّـٰنِیِّـۧنَ بِمَا كُنتُمۡ تُعَلِّمُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ وَبِمَا كُنتُمۡ تَدۡرُسُونَ﴿ ٧٩ ﴾
Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.”

Seorang Rabbaniyin, mengajak manusia kepada Allah, bukan kepada dirinya sendiri. Memperkenalkan Allah, bukan mencari populariti. Begitulah sikap guru mursyid yang sejati.

Hasan al-Basri menafsirkan istilah Rabbaniyin sebagai Fuqaha’ (ahli fekah) dan Ulama’ (ahli ilmu). Sebagian lagi berpendapat maknanya Hukama’ (ahli hikmah) dan Ulama’ (ahli ilmu).

Abu Jaafar mengemukakan takwilan yang lebih holistik. Perkataan Rabbaniyin diambil dari akar kata “Rabb”. Ertinya, orang Rabbaniyin itu mereka yang beribadah khusyuk kepada Rabb iaitu Allah, di samping gigih mentarbiah masyarakat di sekelilingnya.

Senang kata, orang Rabbaniyin menjaga hubungan dengan Allah dan memberi kebaikan kepada umat manusia.

Jadilah Rabbaniyin!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply