Di bumi Australia, ada sebuah “tembok” yang lebih panjang daripada Tembok Besar Cina. Ia merentasi padang pasir dan tanah subur sepanjang 5,600 kilometer dan setinggi 1.7 meter. Apa yang menarik, kesan pagar ini kepada alam boleh dibandingkan dari atas angkasa.

Kenapa mat saleh bina pagar ni?

Untuk menyekat haiwan bernama dingo daripada masuk ke kawasan mereka. Binatang karnivor ini gemar menerkam binatang ternak diorang. Itu pasal tak puas hati. Lagipun, dingo ni ganas. Sampai sejenis spesis bernama thylacine habis kena ngapp dengan dingo.

Pagar tu berfungsi menghalang dingo daripada menceroboh ke ladang. Kalau ada yang terlepas, akan mati kena tembak. Bangkainya pula digantung di pokok atau pagar.

Dari segi jangka masa pendek, nampak gaya dah settle la masalah. Peladang pun dah tak risau lembu dan biri-biri diorang kena kekah dengan dingo. Kerajaan pun happy dapat kutip cukai dan duit kos selenggara pagar. Kangaroo pun lagi banyak melompat-lompat dalam kawasan pagar peladang.

Tapi, ekosistem pulak terancam.

Dingo sudah membiak di tanah Australia sejak 3,000-5,000 tahun dahulu. Membuangnya daripada rantaian makanan pasti memberi kesan signifikan.

Cascading effects.

Belahan pagar yang dingo bebas berkeliaran akan lebih hijau bila turun hujan. Biodiverse di sana pun lebih kaya.

Apabila apex predator seperti dingo disingkirkan, pemangsa baru pula yang menjadi raja rimba. Feral cats dan musang pula menjadi pemangsa utama yang memburu 29 spesis mamalia kecil sampai pupus. Masalah ini berpunca daripada ketiadaan dingo yang dahulunya memakan feral cats dan musang ini.

Mamalia kecil seperti hopping mice membantu pembenihan agar bumi lebih hijau. Apabila mamalia kecil ini diburu tanpa had oleh feral cats dan musang, ekosistem pasti terancam. Bumi tidak lagi menghijau seperti dulu.

Sekarang ni, Australia tengah fikirkan cara untuk kembalikan apex predator macam dingo, tanpa merugikan peladang. Harap-harap ada la jalan keluar.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply