Tahap prestasi ekonomi di Rom memuncak sekitar abad ke-2 M sehinggalah zaman moden awal. Antara tunjang utama yang memacu ekonomi Rom ialah pertanian, perdagangan, pembangunan infrastruktur, perlombongan, perhambaan, kestabilan kerajaan, sistem yang teratur dan pembandaran.

 

Suku Mediterranean mendominasi pertanian Rom dengan tanaman seperti bijirin, anggur dan pokok zaitun. Penduduk berhampiran Rom dan pusat bandar besar lain menghasilkan produk berkualiti tinggi seperti madu, hasil buruan dan ikan.

 

Rom membina akuaduk untuk membekalkan air bersih kepada bandar-bandar, memudahkan pembandaran kota dan membangunkan industri. Rangkaian jalan menghubungkan wilayah-wilayah dalam empayar, memudahkan komunikasi dan perdagangan.

 

Ekonomi Rom tak sepenuhnya bergantung pada pertanian. Beberapa industri juga dibangunkan. Buruh dan hamba digunakan dalam beberapa industri seperti dalam pembuatan bahan binaan, tembikar, batu bata, dan jubin. Pembuatan tekstil juga antara produk yang menjana hasil kepada Rom.

 

Jumlah perdagangan serantau dan antara wilayah yang sangat tinggi ialah bukti betapa kuatnya ekonomi Rom. Tinggalan kapal karam yang banyak membuktikan perdagangan Rom memuncak pada abad ke-1 dan awal abad ke-2 M.

 

Perdagangan dengan wilayah di luar empayar Rom yang paling menguntungkan dari segi kewangan ialah perdagangan dengan India melalui pelabuhan Laut Merah. Barangan mewah ketika itu seperti rempah ratus, mutiara, gading, dan sutera diimport. Manakala eksport utama ialah wain dan tekstil.

 

Muziris atau kontrak perdagangan membuktikan kargo bernilai tinggi yang boleh didapati dari India. 120 kapal belayar setiap tahun ke India dari Myos Hormos di Laut Merah. Ada kemungkinan satu pertiga daripada bajet ketenteraan yang dianggarkan sekitar 643–704 juta sesterces diperoleh hanya daripada hasil kastam perdagangan di Laut Merah.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Sebenarnya ada banyak sejarah menarik pasal empayar Rom ni. Alang-alang kita cakap pasal Rom ni, apa kata korang cuba tengok KITAB TAMADUN ROM. Cepat beli dekat: https://bit.ly/KitabTamadunRom


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply