Hari Arafah berlangsung hari ini. Hari Arafah ni special sampaikan kaum Yahudi pun jealous. Diorang kata, kalau ada kemuliaan macam Hari Arafah dalam agama Yahudi, diorang akan jadikannya hari raya!

Apa istimewa hari Arafah?

Allah ampunkan dosa ramai orang dan bebaskan daripada api neraka.

Rasulullah (SAW) bersabda: “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada Hari Arafah.” (HR Muslim)

Nabi Adam (AS) selepas bertaubat dengan sebenar-benar taubat di Baitullah, Mekah pernah meminta kepada Allah, “Ya Tuhanku, ampunkan juga dosa anak cucuku.”

Lantas, Allah berfirman, “Hai Adam, sesiapa di antara keturunanmu yang datang ke tempat ini, lalu mengakui dosa-dosanya, bertaubat sebagaimana taubatmu dan meminta ampun, pasti Aku ampunkan.”

Maka, ribuan tahun setelah itu Allah masih memegang janji-Nya dengan Nabi Adam. Jemaah haji yang ikhlas beribadat, menunaikan yang wajib dan menyempurnakan yang sunat bakal mendapat haji yang mabrur. Dosa mereka semuanya digugurkan serta suci bersih seperti bayi yang baru lahir.

Kalau korang ada hajat penting, inilah masanya untuk angkat tangan berdoa kepada Tuhan. Makbul tau doa hari Arafah.

“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.” (HR Tirmizi). Jangan segan silu meminta kepada Allah, kerana tiada yang permintaan yang terlalu besar bagi-Nya yang maha kaya. Allah suka jika kita memujuk rayu dan berdoa kepada-Nya.

Allah juga berbangga dengan jemaah haji di hari Arafah.

Apabila tiba Hari Arafah, Allah bermegah-megah dengan para malaikat malaikat. Allah berfirman: “Lihatlah kamu kepada hamba-hamba-Ku, mereka datang kepada-Ku dengan berdebu dan dari seluruh penjuru yang jauh, kamu semua saksikanlah mereka, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa mereka.”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply