Harta karun dari kapal-kapal yang karam sememangnya sesuatu yang menarik untuk diambil. Tetapi yang menyampahnya ialah setiap kali nak ambil, ada negara yang buat tuntutan terhadap artifak yang ditemui. Namun begitu, hal ini tak terpakai kepada harta karun kapal geliung Sepanyol Nuestra Señora de las Maravillas (Our Lady of Wonders) yang ditemui di Bahamas.

Kapal geliung itu karam pada 4 Januari 1656 semasa dalam perjalanan dari Little Bahama Bank, utara Bahamas ke Seville, Sepanyol. Maravillas yang seberat 891 tan membawa sejumlah besar harta dengan sebahagian dikelaskan sebagai cukai diraja dengan sebahagian lagi milik orang persendirian. Ia karam selepas berlanggar dengan batu karang 30 minit selepas berlayar.

Selama lebih 366 tahun, sisa bangkai Maravillas tersebar sejauh beberapa batu di dasar laut. Tetapi disebabkan nilai kekayaan besar yang dibawa kapal berkenaan, ia menjadi sasaran kelompok penjarah yang melihatnya sebagai sasaran harta karun mudah. Muzium Maritim Bahamas percaya saki-baki artifak yang berjaya dikeluarkan daripada Maravillas merupakan harta karun kapal yang gagal dikesan oleh pencari harta karun. Mereka juga percaya aktiviti ini berlaku selama lebih 300 tahun dari 1650-an hingga 1990-an.

Sebelum itu, kami cadangkan korang dapatkan TITANIC DI HUJUNG JARI. Titanic sentiasa dilaungkan sebagai kapal yang tidak boleh ditenggelamkan. Tetapi Tuhan itu kaya dan menunjukkan kekuasaan-Nya bagi menundukkan keangkuhan manusia yang membuat dakwaan sedemikian. Nak tahu lagi kisah kapal ini, dapatkan TITANIC DI HUJUNG JARI sekarang! Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Titanic-Di-Hujung-Jari-i.238336777.4238247449

Tidak mahu lebih banyak artifak kapal ini dicuri dan dijual oleh individu yang tidak bertanggungjawab, kerajaan Bahamas mengambil keputusan untuk mendapatkan saki-baki harta Maravillas dan menempatkannya di sebuah muzium. Usaha ini dijayakan menerusi kerjasama antara kerajaan Bahamas dengan Allen Exploration. Allen Exploration merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab mengesan bangkai-bangkai kapal bersejarah yang karam di lautan.

Antara artifak yang dikeluarkan dari kapal Maravillas. Sumber: Brendan Chavez/Allen Expedition

Sejak usaha ini dilancarkan pada Julai 2020 di utara Bahamas, terdapat banyak artifak yang berjaya dikeluarkan. Antara artifak yang ditemui dan dikeluarkan daripada Maravillas ialah meriam-meriam, sauh-sauh dan ribuan duit syiling perak. Tetapi nak capai semua ini bukan sesuatu yang mudah.

Pertamanya, pengasas Allen Exploration, Carl Allen kena buktikan utara Bahamas sebagai lokasi paling tepat bagi mengesan sisa bangkai Maravillas. Ini disebabkan banyak teori yang menyatakan Maravillas karam di lokasi-lokasi berbeza. Tetapi Allen percaya kawasan ini sebagai kawasan yang tepat disebabkan banyak rekod kapal karam di situ.

Kedua, mereka harus teliti mencari artifak-artifak yang tersembunyi di situ. Ini kerana walaupun kawasan laut tersebut mempunyai kedalaman sejauh 50 batu, artifak-artifak boleh saja tersembunyi dalam pasir setebal 20 kaki. Tetapi selepas artifak pertama ditemui, ia merupakan satu pengalaman indah buat krew Allen Exploration termasuk Allen.

Penemuan artifak-artifak turut mengesahkan kapal yang ditemui itu benar-benar Maravillas. Salah satu daripadanya ialah sebilah pedang perak milik seorang askar bernama Don Martin de Aranda y Gusmán. Selan pedang perak, pengkaji arkeologi turut menemui beberapa utas rantai milik ahli kumpulan kesatria terkenal Sepanyol, Order of Santiago. Kumpulan ini aktif melindungi kapal-kapal dagang Sepanyol dan wujud sejak abad ke-12 Masihi.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Melihat kepada semua artifak yang ditemui, nilainya boleh saja mencecah jutaan ringgit. Ia tidak akan mencapai nilai AS$17 bilion, nilai bagi semua artifak yang karam bersama kapal geliung San Jose. Tetapi ia masih satu penemuan yang lumayan yang bisa mendorong negara-negara bertelagah bagi menentukan siapa yang berhak mendapatkan harta Maravillas.

Tetapi ini tidak berlaku kepada kapal berkenaan. Allen Exploration melihat semua artifak yang dikeluarkan patut dipamerkan di muzium. Justeru, satu pameran artifak Maravillas diadakan di Muzium Maritim Bahamas dan telah dibuka kepada orang ramai sejak 6 Ogos lepas.

Kajian lebih mendalam terhadap Maravillas mendapati ia merupakan kapal harta terbesar milik Sepanyol ketika itu. Justeru, apabila kerajaan Sepanyol mendapat tahu kapal tersebut karam di Bahamas, ia pastinya memberi kesan besar kepada mereka dari segi kewangan. Dan Allen percaya disebabkan ada bahagian kapal yang belum diteroka, ada harta karun bernilai menanti masa untuk ditemui dan dikeluarkan agar menjadi tatapan generasi seterusnya.

RUJUKAN

Stabile, A. (2022, 8 Ogos). Sunken jewels, buried treasure uncovered in the Bahamas from iconic 17th century Spanish shipwreck. The New York Post.

Nalewicki, J. (2022, 8 Ogos). Treasure trove of gold and jewels recovered from a 366-year-old shipwreck in the Bahamas. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply