Pernah terfikir tak kenapa haiwan zaman dulu bukan main besar gergasi? Tetapi sekarang semua pakat jadi pendek-pendek belaka. Benar, ada spesis gorilla boleh cecah 1.95 meter. Tinggi memang tinggi, kalau banding dengan manusia. Lain cerita kalau banding dengan spesis Gigantopithecus blacki, sejenis mawas 3.7 meter tinggi. Senang cakap, makan penumbuk di Seberang Perai – silap-silap melayang sampai Acheh terus.

Alam semulajadi seolah-olah masuk fasa pengecilan. Buaya tembaga bersaiz 3.4 meter panjang. Deinosuchus hatcheri didapati 10.6 meter panjang. Kalau minat Jurassic Park dan Jurassic World, mesti pernah tengok pterosaur. Lebar kepak (wingspan) reptilia ini boleh mencecah 10 meter (Witton, et al., 2010). Tenggiling zaman dulu kala pun lagi besar daripada kereta.

Armadillo sebesar kereta.

Jadi persoalan sekarang – kenapa haiwan pakat jadi kecil?

Memahami Sifat Semulajadi Reptilia

Hidup reptilia sebenarnya lebih lengkap untuk dibandingkan dengan mamalia. Kerana haiwan-haiwan reptilia ada kelengkapan yang tiada pada jenis lain. Ambil contoh gigi reptilia. Buaya misalnya sentiasa bertukar-tukar gigi. Ada masa gigi tajam berjarum. Ada masa gigi tajam tegap. Lebih kurang macam jerung jugalah. Tetapi bagi buaya, punca pertukaran gigi adalah untuk memenuhi keperluan badan. Buaya membesar secara berkala; setiap tahun saiznya bertambah (Moscato, 2016). Maka keperluan kalori adalah berbeza mengikut umur (Isberg, 2010).

Perhatian. The Patriots sedang mencari manuskrip untuk diterbitkan. Jika berminat, anda boleh kirimkan ke alamat emel seperti dalam gambar.

Reptilia juga mempunyai kantung udara pada tulang yang sudahpun kuat. Kantung-kantung ini adalah punca mereka sentiasa membesar sampai ke takat yang mana berat badan seimbang dengan kekuatan tulang.

Jadi kalian sendiri boleh nampak: buaya atau ular sepatutnya tiada masalah untuk besar sampai boleh jadi seperti dinosaur. Tetapi mereka tidak besar macam dinosaur langsung. Mereka hanya besar ikut fitrah mereka. Sekali lagi: apa punca?

Rahsia Pada Alam

Jawapan pada persoalan ini sudah lama ditemui. Cuma saintis perasan betul-betul pada tahun 2016. Untuk menjawab persoalan ini, kena tengok pada dinosaur dulu. Kita nampak dinosaur besar atas faktor depan mata (obvious factor). Walhal dinosaur sebenarnya adalah haiwan-haiwan yang mencapai tahap kesempurnaan berdasarkan hukum evolusi. Dengan kata lain, mereka mempunyai masa yang sangat cukup untuk berevolusi sampai besar. Kita kenal dinosaur pada tahap evolusi sudahpun sempurna.

Tyrannosaurus rex misalnya adalah keturunan Daspletosaurus torosus  (Blagic, 2017). Walaupun sama tinggi, T. rex sebenarnya lebih besar berbanding D. torosus.

Moyang T-Rex. (WehaveaTrex/CC BY-SA 4.0)

Selain daripada hukum evolusi, alam sekarang sudah jauh berbeza untuk dibandingkan dengan zaman dulu. Makanan, habitat dan oksigen kena banyak; baru haiwan boleh menjadi besar secara semulajadi. Tiga benda ini memang banyak pada Zaman Triassic terdahulu, yakni punca dinosaur menjadi besar (Vermeij, 2016).

Maka penjelasannya mudah. Dua faktor utama memainkan peranan: sosial dan alam sekitar. Dan dua faktor ini lebih berpihak kepada mamalia, terutamanya dubuk dan serigala yang sangat pintar memburu secara strategik. Kalangan dubuk dan serigala meskipun pintar tidak boleh menandingi manusia. Faktor-faktor ini mematikan pengaruh ‘gergasi’ di Bumi ini.  Namun mamalia tidak boleh sentuh semua tempat. Disebabkan itulah buaya boleh membesar sampai ke satu tahap yang ia sudah dicabar pengaruh mamalia. Begitu juga dengan alam laut, apabila paus biru selamba membesar tanpa mengambil kira aturan alam di darat.

Menarik untuk fikirkan sebenarnya. Sesetengah orang mungkin mengetepikan ilmu ini atas alasan malas ambil tahu. Siap troll kata saintis kafir bagai. Tetapi lucunya, mereka tidak memberi sebarang nilai ilmu pun kepada orang ramai. Kena faham satu benda: bangsa yang berilmu akan menempa nama dalam sejarah.

RUJUKAN:

Blagic, D. (2017, Mac 23). Which dinosaur gave rise to Tyrannosaurus rex? Science Connected.

Isberg, S. (2010). Nutrition of juvenile saltwater crocodiles (Crocodylus porosus) in commercial production systems. CAB Reviews Perspective. 2 (91).

Moscato, D. (2016, Oktober 14). No, crocodiles are not immortal. Earth Touch News.

Vermeij, G. (2016, Januari 15). Gigantism and Its Implications for the History of Life. PLOS ONE.

Witton, M., et al. (2010). Clipping the Wings of Giant Pterosaurs: Comments on Wingspan Estimations and Diversity. Acta Geoscientica Sinica. 31: 79-81.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply